CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disangka Pasangan Kekasih Setiap Kali Jalan Bersama, Anak Gadis Kata, "Ini Ayah I Lah"

2-12-2022 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4530| Komen: 42

Bukan sekali dua, tapi sudah berkali-kali ayahnya, Mohd Rizan Haron, 48, disangka teman lelakinya.

Itu situasi lucu dilalui Balqis Najwa Mohd Rizan, 23, setiap kali dia dan bapanya berjalan bersama di khalayak ramai.


Malah, setiap kali itu juga Balqis yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menjelaskan status mereka.

Terbaharu, ciapan Balqis di Twitter mengenai dia dan bapanya turut mendapat perhatian warganet.


Foto: Harian Metro

"Ini bukan insiden pertama bapa dianggap kekasih saya. Mungkin sebab kawan bapa atau kawan saya jarang melihat kami berdua.

"Jadi, apabila mereka sesekali terserempak dengan kami akan berfikir sedemikian. Ada juga yang masih tak percaya, sebab bapa tampak muda sampai saya habiskan pengajian di UKM.

"Setiap kali yang fikir sebegitu, saya tak marah atau kecil hati pun. Bapa lagi suka sebab orang kata dia muda dan sebaya saya. Dia tak cakap apa pun, melainkan respons dengan ketawa atau gurauan.

"Seperkara lagi yang mungkin orang anggap bapa saya adalah kekasih sebab dia seorang yang bergaya dari segi penampilan. Sejak dulu lagi bapa memang suka ikut trend semasa. Gaya rambut baru kerinting itu pun baru beberapa minggu lepas bapa buat," katanya.

Menurutnya yang juga anak jati Selangor, dia mempunyai enam adik beradik, dirinya anak sulung dan adik bongsu berusia lima tahun.

"Kedua ibu bapa saya sebaya. Mereka kahwin awal dan saya dilahirkan ketika mak berusia 24 tahun. Kira mudalah untuk generasi kini.

"Tapi tidak untuk generasi terdahulu. Sebab kawan sebaya kedua ibu bapa saya, anak sulung mereka lebih tua daripada saya. Malah kawan mereka kahwin lebih awal.

"Macam saya dengan adik kalau berjalan macam ibu dan anak," katanya.

Dalam pada itu, Balqis mengakui akan berkahwin dengan tunangnya yang berusia 26 tahun pertengahan bulan ini.

"Tunang saya tua tiga tahun daripada saya. Insya-Allah, kami bakal berkahwin tak lama lagi.

"Macam sekarang, saya dan tunang mengusahakan perniagaan kafe Triplets Cakery's yang dijalankan di sebelah rumahnya. Saya cuma menjalankan bahagian pemasaran. Tunang pula menguruskan bahagian pengurusan dan pengeluaran," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 2-12-2022 02:04 PM
terbuntang bijik mata aku menengoknya tapi itulah, jalan menuju ke sorga penuh ranjau dan berliku
Quote cikatilia 2-12-2022 02:05 PM
so.................. kena buat apa skang
Quote lattehazelnut 2-12-2022 02:10 PM
Sbb muka kau mcm makcik2 gomen anak 5
Quote Kitty_catz 2-12-2022 02:10 PM
berita caprutttt

level2 friska punya bebenang
Quote exclusive_vvip 2-12-2022 02:12 PM
lalu gak kat ig tadi..heran la, yg claim2 smpi masuk berita psl makbapak mcm adik beradik ngan anak ni, korang(anak) mmg muka tua ke apa? sbb bila tgk mak bapak yg dikata muka muda tu, mata iols mmg nampak padan jah muka mak bapak diorg tu dengan usia lewat 40an -50an..sorryyyy iols jujur..
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2022 02:32 PM
papa jaat
Quote sufi^_^ 2-12-2022 02:33 PM
Pada hemat aku, anaknya yang nampak tua macam acik2.
Quote che-cikL 2-12-2022 02:37 PM
ISU SEMASA ke ni? Apa guna board Tular tu, walaupun sendu haus tak viral. penCarisampah sekolah tak?
Quote prince_marhaen 2-12-2022 02:37 PM
tetap nampak orang tua yang bergaya ala remaja... adult 30an pun kuasek nak pakai spek bulat & perm rambut gitu... ntah2 bapak kau adik-adik kot...

btw, ingatkan ko pun dah 40an...so acik-acik..
Quote jfq 2-12-2022 02:45 PM
Ummah porem bila memcerca
Quote clarizsa 2-12-2022 02:59 PM
Euwww
Kalau ye pun nak bangga kunun apak u rupa remaja kununnya lah , xyah la nk sebut2 cam kekasih wahteva tu
Just kata cm beradik pun takpe , walaupunnnn
I nampak budak tu yg rupa tua sebenarnya
Quote pooh~key 2-12-2022 03:00 PM
cikatilia replied at 2-12-2022 02:05 PM
so.................. kena buat apa skang

Welcome to zaman self entitled dan masing2 fefeeling terpaling penting untuk diketahui masyarakat gayyyytoh sister.
Quote Belibis 2-12-2022 03:02 PM
Gambar tak jelas sangat..susah nak nilai kemudaan sibapak atau ketuaan si anak.
Quote otai_g 2-12-2022 03:06 PM
lattehazelnut replied at 2-12-2022 02:10 PM
Sbb muka kau mcm makcik2 gomen anak 5

haha aku pun terfikir bnd yg sama tp x smpi ati nak tulis.
Quote primarikey 2-12-2022 03:10 PM
Remaja purba
Quote rospinki 2-12-2022 03:15 PM
ooo..ok

Quote Skuau 2-12-2022 03:21 PM
cikatilia replied at 2-12-2022 02:05 PM
so.................. kena buat apa skang

nunggu jer la sapa yg jd menteri...
Quote ifanonline 2-12-2022 03:25 PM
baru umur 23, nampak mcm 35
Quote shernazz 2-12-2022 03:25 PM
Ayah iols jenis smart baju tshirt masuk dalam pung still ayah iols jugak..hahahaha...
Perut tak buncit pung..
Tapi ye lah..masa tu takde viral2 neh.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.070321 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top