CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidup Bebas Tanpa Dihukum- Perogol Dan Pembunuh Terkenal, Kanibal Kobe Mati Di Usia 73 Tahun

2-12-2022 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1599| Komen: 7

Tokyo: Seorang pembunuh Jepun dikenali sebagai Kanibal Kobe yang hidup bebas selepas membunuh dan memakan penuntut Belanda, meninggal dunia pada usianya 73 tahun.


Menurut kenyataan adik lelaki dan seorang rakannya, Issei Sagawa meninggal dunia akibat radang paru-paru pada 24 November lalu dan dikebumikan dengan hanya dihadiri saudara-mara, tanpa upacara umum yang dirancang.

Kenyataan itu dikeluarkan penerbit memoir 2019 yang ditulis abang Sagawa.


Foto: AFP

Pada 1981, Sagawa yang dalam pengajian di Paris apabila dia mengajak penuntut Belanda, Renee Hartevelt ke rumahnya.


Dia menembak leher dan merogolnya sebelum memakan bahagian badan wanita itu selama tiga hari.

Dia kemudian cuba membuang mayat mangsa di taman Bois de Boulogne, tempat dia ditangkap.

Pakar psikiatri menganggap Sagawa tidak layak untuk menghadapi perbicaraan dan dia pada mulanya ditahan di institusi mental di Perancis sebelum dihantar pulang ke Jepun.

Pihak berkuasa Jepun mengesahkan dia waras, namun kerana tuduhan terhadapnya di Perancis digugurkan, dia dibenarkan bebas tanpa sebarang hukuman.

Sagawa tidak merahsiakan jenayahnya dan memanfaatkan kemasyhurannya, termasuk dengan memoir seperti novel bertajuk In the Fog yang mana dia mengenang pembunuhan itu secara terperinci.

Dia juga menceritakan butiran kejadian dan obsesi berterusannya terhadap kanibalisme dalam temu bual dan dokumentari 2017, Caniba.

Bercakap kepada saluran media Vice, Sagawa berkata, dia taksub dengan kanibalisme.

"Keinginan saya untuk makan seorang wanita berubah menjadi satu kewajipan," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 2-12-2022 01:43 PM
IMG_4926.GIF
Quote Artemesiaa 2-12-2022 01:51 PM
Berpindah alam juga akhirnya
Quote edayildiz 2-12-2022 01:51 PM
xmcm umo 73 pun..mcm gayah bottom jer
Quote Sazreena 2-12-2022 03:29 PM
Pree pree ko terlepas ek..
Quote rosedemon 3-12-2022 10:57 AM
wah senang lenang ko ek di dunia. ko tgu la balasan di akhirat
Quote naina 3-12-2022 12:27 PM
Sebab tu ada syurga neraka. yang baik masuk sorgaaa yang jahat masuk neraka. Neraka pun banyak pintu. Pilihan ditangan muuu
Quote boo07 29-11-2024 08:11 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061389 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top