IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini selepas tiba dari ibu kota pagi tadi.
Pertemuan antara beliau dan Sultan Nazrin tersebut berlangsung bermula pukul 10.50 pagi hingga 12 tengah hari tadi. Selesai menghadap Sultan Nazrin, Anwar mengadakan walkabout di Pasar Tanjung Rambutan di sini dengan disambut orang ramai yang menantikan kehadirannya di sana. Perdana Menteri seterusnya akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammad Al-Fateh sebelum menghadiri Kenduri Rakyat di Taman Jati di sini.
Beliau seterusnya dijadualkan berlepas ke Pangkalan Udara Subang dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini sejurus selesai menghadiri Kenduri Rakyat. -CARI Sumber: Kosmo
|
alesandra replied at 2-12-2022 02:34 PM
Beriyanyer ngadap kt istana kinta tu.sultan bukan dok sini tapikan..tapikan..beriya sgt ngadap ydp ...
stingergrumpy replied at 2-12-2022 02:35 PM
Biasaleh sultan nazrin khen pemangku agong....?
ADVERTISEMENT