CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SAR Budak 3 Tahun Disambar Buaya Masuk Hari Kedua

2-12-2022 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1234| Komen: 8

Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Lahad Datu meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang hilang akibat disambar buaya.

Kanak-kanak lelaki yang belum diketahui identiti itu difahamkan berusia tiga tahun dan ketika serangan haiwan reptilia itu, mangsa bersama bapanya, Morehat, 45.



Operasi SAR mencari kanak-kanak hilang disambar buaya diteruskan pada hari kedua di pesisir perairan Markas Operasi Gerakan Marin, Lahad Datu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, SAR dimulakan seawal jam 7 pagi di lokasi pesisir laut kawasan berkenaan.

"Operasi SAR kanak-kanak yang hilang akibat dibaham buaya yang memasuki hari kedua melibatkan seramai lima anggota BBP Lahad Datu.


"Operasi dilakukan dengan kaedah pencarian di permukaan atas air di kawasan pesisir laut berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Sumsoa berkata, sehingga kini belum ada tanda kanak-kanak itu ditemui dan operasi masih diteruskan.

Sebelum itu, Sinar Harian pada Khamis melaporkan mangsa hilang selepas disambar buaya manakala bapanya sempat diselamatkan oleh orang awam namun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Dua beranak berkenaan diserang buaya ketika melakukan aktiviti mendayung perahu di kawasan perairan berkenaan.


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 2-12-2022 01:17 PM
Buat anak baru jelah dek.
Quote Artemesiaa 2-12-2022 01:26 PM
Edited by Artemesiaa at 2-12-2022 01:36 PM

Yang dewasa pun kalau jadi mangsa pun banyak hari baru jumpa berserta pelakunya inikan pula melibatkan kanak2 kecil.  Elok buru boyanya ada ler dalam perutnya nanti.  Yang terbaru kepala budak tu dah dijumpai kabarnya.
Quote menah 2-12-2022 01:31 PM
eloklah diburu boya tu n bunuh... seramm haihhh.. nnti timbul lagi terkam lagi.. mintak simpangggg...
Quote lolipopi 2-12-2022 02:21 PM
Aku tak sampai hati nak tgk video sampai habis...budak 3 tahun tgh keletah comel dayung sampan ngan bapak..kena samabr boys pulok aduhhh..aku doakan bapak ni semoga Allah hilangkan kesedihan dia dan gantikan dgn sesuatu yg lebih baik...Amen ya mujib
Quote Supersirap 2-12-2022 02:23 PM
Salam takziah kepada keluarga, semoga dipermudahkan segala urusan
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2022 02:23 PM
158_copy_1024x1024.png
Quote lolita737 2-12-2022 03:22 PM
ni ke yang ada video buaya sambar depan mata bapa dia? macam ada lalu kat news feed fb semalam..kalau betul kesiannya..harap bapanya bertabahlah..
Quote boo07 29-11-2024 08:11 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.100574 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top