CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Ayah Lari Balik Indonesia, Anak 6 Tahun Ditinggalkan Di Malaysia Payah Nak Sekolah

2-12-2022 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3398| Komen: 47

BUTTERWORTH: Seorang usahawan merayu waris seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang ditinggalkan tanpa sebarang dokumen kepada keluarganya di Bukit Mertajam, dekat sini tampil bagi menyelesaikan isu melibatkan kanak-kanak terbabit.


Mohd. Fahmi Ismail, 48, yang kini bapa angkat kepada Nur Iman Madiha berkata, kanak-kanak tersebut ditinggalkan bapanya dengan alasan mahu pulang sementara ke Indonesia untuk membawa isterinya (ibu Nur Iman Madiha) berubat atas masalah kesihatan enam tahun lalu.

Sehubungan itu katanya, dia menjaga Nur Iman Madiha yang ketika ditinggalkan bapanya yang juga pekerja di syarikatnya hanya berusia sembilan hari.


Foto: Utusan


“Saya kini buntu dengan masalah yang dihadapi Nur Iman Madiha apabila tidak dapat mendaftarkannya memasuki sekolah tahun depan kerana dia tidak mempunyai sijil kelahiran selepas ditinggalkan ibu bapanya,” katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Menurut Mohd. Fahmi, pelbagai usaha telah dilakukan antaranya mendapatkan sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun proses itu tidak dapat dilaksanakan.

Ini kerana ujarnya, agensi itu tetap memerlukan waris kanak-kanak berkenaan tampil memandangkan tiada dokumen sokongan pada anak angkatnya.

“Sudah beberapa kali saya ke JPN untuk urusan ini dan membuat laporan polis termasuk dokumen pengambilan anak angkat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi mereka tetap mahu waris Nur Iman Madiha tampil.

“Pada masa sama, pelbagai cara saya lakukan untuk mencari bapanya, namun gagal. Untuk cari di Indonesia agak sukar kerana saya tidak tahu lokasi sebenar ibu dan bapanya, hanya tahu mereka berasal dari Jawa dan Medan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Fahmi berharap pihak berkaitan dapat membantu memudahkan urusan anak angkatnya yang akan memasuki Tahun Satu tahun depan.

“Ketika ini, Nur Iman Madiha mendapatkan pendidikan awal di tadika swasta, jadi tidak sulit tetapi untuk meneruskan pendidikan.

“Saya harap ada sinar untuknya kerana mahu dia mendapat pendidikan sempurna sama seperti kanak-kanak lain termasuk berjaya sehingga ke universiti kelak,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 2-12-2022 01:41 PM
Rasanya boleh kot sekolah kena buat dokumen apa ntah kat jkm tu..tapi kena renew  tiap tahun. Cuma sekolah takat f5 ja la..kalau nak masuk u mmg xboleh
Quote Artemesiaa 2-12-2022 01:45 PM
Kena umum disana umum disini siapa je yang boleh bantu cari.  Tapi ramai je buat iklan macam ni untuk memudahkan urusan semula sebab dah ada bukti berusaha tapi tak dapat juga cari.
Quote shernazz 2-12-2022 01:45 PM
Jangan bagi warganegara atau pr plak  .
Just tolong bagi sekolah tu boleh je...
Agar budak ni dpt ilmu di sekolah...
Quote annehuda 2-12-2022 01:51 PM
Apsal org malaysia ni baik sgt jaga anak org. Tak penah lg aku dengar anak malaysian kene tinggal kt negara org
Quote margo20 2-12-2022 01:54 PM
Kawan aku ade amik anak angkat kes gini jgk ler kena tinggal mak bapak tapi nasib baik dia ade detail
Quote syamzana 2-12-2022 02:03 PM
pandai depa tgl dgn majikan at least berduit sng la jugak hidup. tgk, betapa gigihnya pakcik ni nak sekolahkan bdk ni. makpaknya agaknya masuk kubur dah kot. dah tau nak blk jauh, tgl la segala dokumen penting, xde asal pun at least copy. bongoksss!!!
Quote lattehazelnut 2-12-2022 02:05 PM
Anak da dpt ic sok dtg la mak bapak dia balik..
Quote lolita737 2-12-2022 02:05 PM
pandai buat anak lepas tu tinggalkan..kesian anak yg xtau apa2 tu..
Quote green~tea 2-12-2022 02:30 PM
Takleh pos balik indon ke
Quote darkness 2-12-2022 02:42 PM
Patutnya negara g20 tu sah boleh sara anak indon2 ni. Tp nampaknya gigih jugaknya ke sini
Quote ninja9 2-12-2022 02:49 PM
klu semua dah tak boleh, atas nama kemanusiaan... lagi pun dia budak membesar dimalaysia.. bagiler dia sekolah..  bagilah dia identiti ..

ramai jer pti dapat ic melalui politik dengan senang lenang.. bila tengok kes ini jadi muskil
Quote clarizsa 2-12-2022 02:51 PM
Hmmm i baca kt fb smbil tahan diri dr taip je
Skrg i nk komen jujur
Same old same old helah
Taktik yg dh lama dibuat org
Sengaja biar lama2 pastu bru hegeh nk uruskan dokumen
Sbb apa ? Sebab masa awal ambik tu mak budak tu takut kena tangkap sbb PATI pstu yg family angkat mmg nak sgt anak jalan mudah buat cmni lah
I bukan saja2 cerita lah sbb dr org sekeliling gak i tau pun
Quote Belibis 2-12-2022 02:52 PM
Artemesiaa replied at 2-12-2022 01:45 PM
Kena umum disana umum disini siapa je yang boleh bantu cari.  Tapi ramai je buat iklan macam ni untu ...

Umum sini pun ok..mbak friska boleh calling2 sedara mara dia kat sana.
Quote Belibis 2-12-2022 02:54 PM
clarizsa replied at 2-12-2022 02:51 PM
Hmmm i baca kt fb smbil tahan diri dr taip je
Skrg i nk komen jujur
Same old same old helah

Ntah2 mak pak dia masih kat sini..masih kerja..bapak angkat buat skrip sebab nak dokumen jer.
Quote Skuau 2-12-2022 02:58 PM
Begitulah 'TAKTIKAL & STRATEGI SINETRON INDON'.....hanya yg BODOH jer mampu terKENA.
Quote makita 2-12-2022 03:03 PM
orkid_amani replied at 2-12-2022 01:41 PM
Rasanya boleh kot sekolah kena buat dokumen apa ntah kat jkm tu..tapi kena renew  tiap tahun. Cuma s ...


Setahu meols  uni awam  ada kuota pelajar luar negara. Yuran degree(student luar) pon masih murah dari blajar uni private amek sijil atau dip (student local).

Masa zaman meols blajar dulu ramai student Indon dtg blajar kat uni awam..ada tu bgtaw meols mak dia belas tahun duk Msia keje jadi org gaji. Ni dia dtg blajar ni mak dia dah pencen la n dia lepak dgn uncle dia keje kat kebun kat Sendayan. Student Indon yg dtg sini tu umo muda setahun dari student biasa. Sebab SPM (lupa apa nama exam dorg) masa dorg 16 tahun.

Tapi bdk ni nak kene ada kerakyayan indon la dulu...kan
Quote becir 2-12-2022 03:04 PM
Kalau betul budak ni ditinggalkan, apsal la pokcik ni baik sgt nak tolong jaga. Pedulik la kisah sedih apa lancau bagai parents budak tu kasitau, 10/10 kisah sedih diaorg menipu je lebih
Quote kelip2_07 2-12-2022 03:05 PM
indon mmg jnis pndai amik kesempatan
Quote Skuau 2-12-2022 03:06 PM
Edited by Skuau at 2-12-2022 03:15 PM

Kalau korang boleh 'terima kes ini'...sekali indon tinggalkan reramai ank drng kt Msia...bg kjaan Msia biaya persekolahan drng.'Are u stupid or something'??-Forrest Gump

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.132808 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top