Perkembangan Nad Zainal semakin baik apabila pelakon itu sudah mula sedar dan doktor juga memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasan sejak pagi semalam.
Pelakon itu bagaimanapun, masih dalam pemantauan rapi untuk memastikan keadaannya lebih baik dan terus menunjukkan perkembangan positif. Perkembangan terbaru itu dikongsi pelakon, Ungku Ismail menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram, malam tadi. “Alhamdulillah, Nad banyak menunjukkan perkembangan dan proses penyembuhannya juga bagus. Dia bagaimanapun, masih di bawah pengawasan rapi doktor dan saya berharap semua akan mendoakan urusannya dipermudahkan serta lancar.
“Dia juga sudah boleh bercakap, cuma suaranya sangat kecil. Begitu juga dengan pergerakan, dia boleh memegang telefon bimbit, cuma tidak dapat menaip kerana sudah lama tidak menggunakan anggota tangannya,” katanya. Dalam masa sama, Ungku turut memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendokan pelakon Hati Yang Tersakiti Itu. “Sesungguhnya kekuatan doa itu sangat benar. Terima kasih saya ucapkan atas doa kalian yang tidak putus-putus untuk Nad dan saya juga ingin kembalikan doa itu pada kalian semua,” katanya.
|
tuttt replied at 2-12-2022 01:22 PM
Dak ijat ni panggil UI ni east ke
codenamedream replied at 2-12-2022 01:33 PM
Kalau panggil is mcm separa kampung.
Kalau yis mauripan mcm body shaming.
Kalau ishh mcm tak ada ...
mizruncing replied at 2-12-2022 03:16 PM
rajin UI ni lawat nad ehh. so mmg benar laa couple ehh. tapi dlm keadaan nad mcm tu tak elok kot buk ...
tuttt replied at 2-12-2022 01:22 PM
Dak ijat ni panggil UI ni east ke
mizruncing replied at 2-12-2022 03:16 PM
rajin UI ni lawat nad ehh. so mmg benar laa couple ehh. tapi dlm keadaan nad mcm tu tak elok kot buk ...
nadmal19 replied at 2-12-2022 03:26 PM
Aduh... mak bapak nanad pun ade la... Ungku ni bercakap on behalf family nanad.. kan die dh bgtau ...
ADVERTISEMENT