CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gengster Jaga Tapak Pelupusan Sampah Haram Di Selangor

2-12-2022 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1127| Komen: 7

SHAH ALAM – Kebanyakan operator yang menjaga tapak pelupusan sampah haram di Selangor adalah individu yang mempunyai latar belakang jenayah atau terlibat dengan gengsterism.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, ini merupakan halangan yang telah dikenal pasti dalam membasmi sampah haram di negeri ini.

Katanya, beliau secara peribadi bersetuju mengenai penglibatan semua lapisan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran namun perlu menekankan aspek keselamatan.


Foto: Kosmo

“Sekiranya libatkan masyarakat itu cadangan baik tetapi operator di tapak sampah haram ada ‘background’ gengsterism.


“Justeru, keselamatan penduduk atau masyarakat harus dijaga dengan baik,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr. Idris Ahmad (PH-Ijok) sama ada kerajaan negeri ingin melibatkan penduduk setempat termasuk membuat pasukan di setiap kawasan atau memberikan ganjaran kepada mereka bagi melaporkan isu pembuangan sampah haram.

Sze Han turut memaklumkan halangan lain termasuk kewujudan tonto-tonto yang berada di sekitar tapak tersebut memberikan maklumat keberadaan kenderaan jabatan pihak berkuasa.

Ketika mengulas soalan tambahan Halimey Abu Bakar (PH-Seri Setia) mengenai tindakan terhadap lokasi pembuangan sampah haram di atas tanah milik agensi kerajaan persekutuan atau negeri, Sze Han yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara mengakui perkara tersebut terutama tapak-tapak sekolah yang belum dibina bangunannya.

“Kita telah beri surat atau notis kepada mereka dan berharap agensi tersebut mengambil inisiatif proaktif menjaga tanah mereka.

“Sekiranya masih gagal, kami mengharapkan cadangan tanah yang tidak diguna atau dibangunkan itu dipulangkan (semula) kepada kerajaan negeri,” tegasnya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-12-2022 10:55 AM
gangter lagi bapak besar kepala dia
Quote ctaz 3-12-2022 11:49 AM
Kebanyakan operator yang menjaga tapak pelupusan sampah haram di Selangor adalah individu yang mempunyai latar belakang jenayah atau terlibat dengan gengsterism.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, ini merupakan halangan yang telah dikenal pasti dalam membasmi sampah haram di negeri ini.

soooo adakah gangster lagi power dari kerajaan negeri....
kanot brain dis....


Quote mast3rshad0w 3-12-2022 01:11 PM


waktu wa keja ronda security di sendayan pon dah lama taw
sejak 10 thn lalu
sbb tu wa cakap, dlm Mesia ni pemimpin dan gangster (warlords)
bersatu cari makan...
benda luar Mesia nak masuk sempadan - ruang-tapak kerajaan
dlm proses tu semua libatkan duit dan warlords...
itula Mesia kita yg rakyat dok perasan bersih dgn kuasa undi
ceh mimpi
Quote venom1 3-12-2022 01:50 PM
boleh je bersihkan sampah2 ni (gangster taik kucing ni)..panggil abg2 UTK datang ambush kasi bersih semua. mayat diaorang timbus dengan sampah tu sekali.
Quote Kak-Rohana 3-12-2022 03:30 PM
Parking2 kt KL ni pon dek
Quote Skuau 3-12-2022 04:08 PM
ctaz replied at 3-12-2022 11:49 AM
soooo adakah gangster lagi power dari kerajaan negeri....
kanot brain dis....

power..tu kalo...'kawan nk meniaga'.
Quote boo07 29-11-2024 08:11 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.190358 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top