Hawa Rizwana, 27, meluahkan rasa syukur dikelilingi ramai orang yang memahami terutamanya pensyarah yang banyak membantu apabila dia tidak dapat menghadiri kuliah.
"Sebenarnya saya tak sangka habis pada waktu yang tepat sebab masa itu saya kerja sebagai wartawan kadang-kadang kita tak ada cuti, kerja tak menentu. "Selepas fikir-fikir, saya terpaksa berhenti sebagai wartawan tapi saya dapat tawaran lain yang tak kacau kelas. Jadi, saya hanya fokus kepada pengacaraan sahaja. Sebab kelas waktu itu tiga kali seminggu, namun kerja tak tentu masa." Hawa Rizwana, 27, bersyukur berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Massa mengikut jadual dan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78.
Diusik mengenai status diri, pengacara program MeleTOP ini mengakui masih solo dan sedang mencari seseorang yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup. Bagaimanapun, Hawa mengakui dirinya sedikit memilih dalam mencari seseorang yang betul-betul sesuai dengannya. "Belum ada calon lagi. Kita kawan-kawan dengan orang, kalau ada jodoh yang baik serta sesuai dengan kita dan mak ayah pun gembira kenapa tidak. "Memang kena memilih kut, kita ini tak sempurna dan ada kekurangan jadi kita perlukan seseorang yang selesa. Tapi tak ada yang datang dekat pun, macam mana?" katanya. Hawa juga memberitahu bahawa dia mahukan seorang lelaki yang penyabar, namun buat masa ini dia ingin menikmati zaman bujangnya terlebih dahulu. "Yang nak berkawan itu ada tapi serius belum lagi. Sekarang ini belum rasa nak kahwin tapi tak ada letak target lepas habis master terus nak kahwin. Apabila dah puas berdikari dan meneroka, kalau ada yang terbaik untuk kita InsyaAllah. "Saya nak lelaki yang penyabar tapi as long we perfect for each other... saya pun tak kisah kalau pasangan saya itu orang dalam industri juga. Kawan-kawan ada juga cakap kalau dah jumpa yang tepat akan rasa nak kahwin terus saja. Sekarang masih belum jumpa lagi," ujarnya. Kongsi Hawa, ada satu kejadian yang membuatkan dia sedikit takut dalam mencari pasangan di mana seorang lelaki kenalan keluarga bertemu dengan ibu bapanya untuk merisik status dengan tiba-tiba. "Dia terus jumpa mak ayah. Keluarga dia ada hubungi mak ayah saya bertanya mengenai saya tapi saya cakap belum lagi sebab masa itu saya baru 23 tahun," kongsinya. Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|