CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Bunyi Bising, Dah Dua Kali Wanita Warga Emas Matikan Mesin Ventilator Pesakit Lain Dalam Hospital

2-12-2022 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1703| Komen: 11

Berlin: Gara-gara tidak tahan dengan bunyi bising daripada sebuah ventilator, seorang warga emas di Jerman mematikan alat bantuan pernafasan digunakan pesakit dalam wad hospital.


Insiden itu berlaku di sebuah hospital di bandar barat daya, Mannheim, petang Selasa lalu.

Pihak berkuasa Jerman berkata, wanita berusia 72 tahun itu ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan itu sebanyak dua kali.


Gambar Hiasan: Bernama

Katanya, wanita itu dipenjarakan kerana disyaki cubaan membunuh kerana perbuatannya itu berisiko mengancam nyawa pesakit terbabit.


Polis dan pendakwa raya berkata dalam satu kenyataan, suspek didakwa mematikan alat pernafasan wanita berusia 79 tahun.

Walaupun kemudian diberitahu kakitangan alat itu amat penting untuk pesakit, namun suspek mematikannya semula pada sebelah petang.

Pesakit yang lebih berusia itu terpaksa dibangunkan semula dan walaupun nyawanya tidak dalam bahaya dia masih memerlukan rawatan rapi.

Susulan insiden itu, suspek dibicarakan di mahkamah sebelum dijatuhi hukuman penjara.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 2-12-2022 12:16 PM
Leluhur ni dah tua makin lorat perangai deols
Quote Artemesiaa 2-12-2022 12:46 PM
Manusia ni main tua akan makin cerewet walau waktu mudanya dulu tak cerewet.  Nasib kawan yang guna mesin tu tak apa2.
Quote greantea 2-12-2022 12:54 PM
spesis KAREN la tu.
Quote CiliPadiSedap 2-12-2022 01:03 PM
nenek ni mungkin mesin dia silent mode. mesin lain mode speaker
Quote sukacactus 2-12-2022 01:06 PM
Manusia ni kalau dah tua, mmg degil
Ko try nak reason out dgn dia pun, kepala dia jg yg dia akn follow
Quote naina 2-12-2022 01:28 PM
Eh suka2 je orang tua ni
Memang orang tua yang panjang umur banyak penyakit perangai dia terpaling takleh terima pendapat anak2 walaupun anak2 terpaksa susah payah bergilir-gilir jaga. Tidak berterima kasih dan menghargai. Dihambur kata2 menyakitkan hati. Padahal anak2 dah tua2 sakit lutut bagai kena jaga orang tua yang berpampers 4x sehari tukar. Tolak ke bilik air. Nampak fizikal dah susut tapi ya ampun berattt sebab dah xleh jalan.
Quote shernazz 2-12-2022 01:39 PM
Kan dah dok penjara
Dengar la cellmate ko berdengkur plak
Quote white_musk 2-12-2022 01:58 PM
naina replied at 2-12-2022 01:28 PM
Eh suka2 je orang tua ni
Memang orang tua yang panjang umur banyak penyakit perangai dia terpaling t ...

itu berunca daripada ajaran yang mengatakan kalau ibu bapa suruh anak minum air basuh kaki mereka, anak anak wajib minum...

mana lah ibu bapa tak naik kepala dia rasa segala apa yang dia buat semua betul belaka
Quote esbok 2-12-2022 02:41 PM
mmg ada telinga sensitif, bunyi halus yang consistent boleh buat dia sakit kepala tak tentu hala. aku assume budak autisme yang sensory tinggi,alami benda mcm ni

tukar la bilik dia, spital pun
Quote rosedemon 3-12-2022 10:53 AM
ko buat naya org jela ongtua oiiii bengong
Quote boo07 29-11-2024 08:12 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.082859 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top