CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Gadis 18 Tahun Jadi 'Bookie' Piala Dunia

2-12-2022 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 525| Komen: 1

Gadis berusia 18 tahun antara dua 'bookie' pertaruhan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 dan ejen nombor loteri haram yang ditahan polis dalam serbuan di Matang Jaya, Kuching, petang kelmarin.


Gadis berkenaan ditahan dalam serbuan pertama oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan ke sebuah kedai makan, kira-kira jam 3.45 petang.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata suspek disyaki menjadi ejen judi pertaruhan bola sepak dan ejen nombor loteri tanpa lesen.

"Polis turut merampas dua unit telefon, empat keping kertas jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 serta wang tunai berjumlah RM420," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, suspek mengaku bekerja sebagai ejen judi pertaruhan atau 'bookie' serta ejen menjual nombor loteri tanpa lesen.

"Dalam serbuan kedua di sebuah gerai buah-buahan jam 4.45 petang, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun. Suspek turut dipercayai menjadi ejen judi pertaruhan bola sepak dan ejen jual nombor loteri tanpa lesen.

"Polis merampas dua telefon bimbit dan wang tunai RM540," katanya memaklumkan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Sumber: BH Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo07 29-11-2024 08:12 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.086573 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top