Lelaki dipenjara selain permit memiliki haiwan digantung selama 15 tahun kerana melanggar banyak hak asasi haiwan. Pengusaha telur ayam, Peter Armitage didapati bersalah membiarkan beribu-ribu ayam mati kelaparan di sebuah kandang yang dipenuhi tikus.
Kesalahan itu telah dilakukan di ladang miliknya di Lochquoy Farm, Durran berdekatan Castletown di Caithness. Maklumat tanpa nama telah diberikan kepada pihak polis Highland pada 7 Julai, 2017 tentang keadaan ladang yang mendukacitakan itu. Dua minggu selepas itu pada 18 Julai, pemeriksaan mengejut telah dilakukan ke atas premis tersebut oleh agensi kesihatan tempatan. Hasil pemeriksaan mendapati banyak bangkai ayam dan telur yang membusuk serta najis tikus di merata-rata tempat. Standard kesihatan berada pada tahap yang paling rendah di ladang tersebut. Lelaki berumur 41 tahun itu telah dipenjara dua tahun dan tiga bulan selepas mengakui gagal menyelenggara premisnya dengan baik serta membiarkan kehadiran haiwan perosak yang membawa mudarat kepada haiwan ternakan. Sumber: mStar |
najib888 replied at 2-12-2022 11:54 AM
Kat tanahair pun patut dibuat macam ni.. melampau sangat kambus anak ayam demi nak control harga..
P ...
najib888: Kat tanahair pun patut dibuat macam ni.. melampau sangat kambus anak ayam demi nak control harga..Peladang harumanis pun pernah khianat kan? Kambus bu ...
ADVERTISEMENT