CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kasanova Nikah 6 Wanita Kantoi Dengan Abang Ipar

2-12-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1707| Komen: 10

Seorang lelaki di negeri Bihar, India akhirnya kantoi mengahwini enam wanita.

Rahsia yang disimpan rapi selama ini terbongkar selepas kasanova berusia 50 tahun itu dilihat bersama wanita lain di Stesen Kereta Api Jamui di Mallehpur.



Foto: India Today

Individu yang berjaya menghidu hubungan sulit lelaki tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah abang iparnya sendiri.

Lapor New Indian Express memetik jurucakap polis di Jamui menyebut bahawa kasanova itu dikenali sebagai Chhotu.

"Chhotu ditangkap oleh abang kepada isteri keempatnya sekali gus menamatkan rentetan penipuan dan kecurangannya.

"Dia kemudian diserahkan kepada polis, namun dibebaskan kerana kes itu dianggap sebagai masalah keluarga," kata pegawai yang enggan dinamakan.

Difahamkan, Chhotu adalah penyanyi Okestra Maa Sharda yang berpangkalan di bandar Deoghar di negeri Jharkhand.

Menurut polis, Chhotu menggunakan ketampanannya untuk memikat sekali gus mengahwini wanita yang ditemuinya ketika mengadakan persembahan di majlis-majlis keramaian.

Kesemua enam wanita termasuk janda dan ibu tunggal yang dinikahinya berasal dari empat negeri berbeza. 


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 2-12-2022 11:22 AM
Muka kasanova tu adoii takleh blah..

Betoi laaa kata2 orang... muka huduh tu laa biasanya tak setia, kaki zina kaki curang..

Yang cantik, hensem helok ni elok je peel
Quote margo20 2-12-2022 11:40 AM
Tp elok pulak nak kawin dgn janda dan ibu tunggal
Quote batmana 2-12-2022 12:21 PM
green~tea replied at 2-12-2022 11:22 AM
Muka kasanova tu adoii takleh blah..   

Betoi laaa kata2 orang... muka huduh tu laa ...

Ikut mata sana hensem la tu..
Cube letak muke melayu hensem letak sana..dorg plak rasa hodoh
Quote Artemesiaa 2-12-2022 12:25 PM
Pandai mengayat ler tu sampai ramai jadi mangsa
Quote edayildiz 2-12-2022 12:48 PM
green~tea replied at 2-12-2022 11:22 AM
Muka kasanova tu adoii takleh blah..   

Betoi laaa kata2 orang... muka huduh tu laa ...

kannn... lg satu selalu laki org lg over dari laki single
dah la xhensem..status pulak ada wifey..ada ht nk mengedikk..xtgk cermin nk try perempuan dahi licin
Quote greantea 2-12-2022 12:56 PM
ayat power ni sebab kalo tgk dari segi rupa, errmmm.........
Quote green~tea 2-12-2022 01:02 PM
edayildiz replied at 2-12-2022 12:48 PM
kannn... lg satu selalu laki org lg over dari laki single
dah la xhensem..status pulak ada wif ...


Laki orang tu sejenih nothing to lose... muka tebal... kalo ngorat tak dapat at least ada bini bodoh maseh duk tunggu kat rumah...

Betina garit sundal pun sama la.. berani mati je approach memana jantan demi mengepau duit, tak berjaya pun takpa sbb still ada laki bodoh tongong bertunggu tangga kat rumah... ehhh
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2022 02:29 PM
[youtube]fUz_cxBWnMI[/youtube]
Quote lolita737 2-12-2022 03:39 PM
mesti mulut manis ni..
Quote boo07 29-11-2024 08:13 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.118548 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top