CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiba-tiba Je Rumah Di Seri Aman Heights Kena Tembak

2-12-2022 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 998| Komen: 3

Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila rumahnya di Seri Aman Heights, Desa Jaya, Gombak di sini dipercayai terkena satu das tembakan awal pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung kejadian itu pada 1.50 pagi dan sepasukan anggota bersama Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) bergegas ke lokasi.


Gambar hiasan

"Menurut laporan itu, mangsa mendakwa telah mendengar satu bunyi letupan di luar rumahnya. Siasatan menemukan satu kesan lubang pada pintu kayu hadapan rumah dan kesan terkena peluru pada dinding ruang tamu rumah mangsa.

"Turut dijumpai adalah satu serpihan besi dipercayai anak peluru di bahagian ruang tamu rumah," katanya dalam kenyataan malam Khamis.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu kesalahan melepaskan tembakan ke arah selain daripada tempat yang dibenarkan.

"Motif atau punca kejadian sedang disiasat dan usaha mengesan suspek kini sedang dibuat. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp R Khalpna di talian 03-61262222 atau 012-5018901," katanya. 


Sumber: Bernama





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 2-12-2022 11:25 AM
rumah yg sama ke dgn dj radio wanita ni
both seri aman heights

https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1
Quote KamikuP 2-12-2022 11:33 AM
Sapa DJ itu?
Quote boo07 29-11-2024 08:13 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.170598 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top