Status hubungan pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.
Tindakan Janna sering berkongsi kata-kata hikmah menggambarkan dirinya seolah-olah baru putus cinta mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial. Menjawab mengenai perkara itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, mengakui dirinya belum cukup matang untuk berdepan dengan situasi sebegitu. “Saya minta maaf seandainya posting saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang. “Saya sedar saya tidak cukup matang dan kuat untuk hadapi situasi macam ini. Saya minta maaf dan berjanji akan kembali dengan lebih kuat. Hanya masa dapat menyembuhkan,” katanya.
Janna menulis luahan hatinya itu menerusi satu hantaran di laman Instagram.
|
dudaberhias replied at 2-12-2022 01:22 AM
udah2 la tu yenna oiii... move on je lah...
setakat poji nawawi mix beruk salji je pun ko tak keruan ...
epullipan replied at 2-12-2022 12:12 PM
ke sebenarnya gimik je minah ni
Perawankota replied at 1-12-2022 05:32 PM
Aku rasa dia, tgh in character utk drama terbaru dia la.. Bukan baru2 ni sapa tah pelakon dok post v ...
ADVERTISEMENT