Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia terberanak di hadapan pintu sebuah klinik kesihatan. Kejadian yang berlaku di Indonesia itu menyaksikan bayi yang baru dilahirkan itu tergolek di bahagian kaki si ibu kerana tali pusat masih bersambung.
Tribunnews melaporkan, si ibu yang dikenali dengan nama Yetina berusia 21 tahun dikatakan tidak sedar dirinya berbadan dua sehinggalah pada hari kejadian. Dia baru menyedari perutnya semakin membesar dan kemudian pergi ke klinik kesihatan di Indonesia untuk membuat pemeriksaan kandungan buat kali pertamanya. Malangnya klinik tersebut sudah tutup dan salah seorang individu yang berada di situ sempat membantu dengan memapah mangsa. Bayi yang baru dilahrikan dilihat sudah tergolek di bahagian kaki mangsa yang sudah berlumuran dengan darah. Mangsa kemudian dibawa berjumpa dengan bidan bagi urusan memotong tali pusat. Difahamkan, si ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Sementara itu suami Yetina enggan memanjangkan isu tersebut dan mengakui itu adalah kesalahan daripada mereka sendiri. -CARI
|
sara_thrash replied at 1-12-2022 04:10 PM
pelik aku, takkan la tak tahu pregnant nak2 lagi bila baby tu dok menendang. bukan nya anak patung d ...
Kemaruk-Taikk replied at 1-12-2022 03:53 PM
Sama cam kes kat Perlis aritu konon tak sedar ngandung. Tak sedar katanye..ko bahlol ke sampai badan ...
Buritan replied at 1-12-2022 04:13 PM
Satu lg kalo ngandung tetek itam. Pecah sana sini sinun. Kulit jd buruk.. takkan tak perasan. Pat ...
3chanceno replied at 1-12-2022 04:52 PM
Berita dari yindon nie susah nak percaya! Orang dia terutama di ceruk kg pun kawin muda2 dari 14 da ...
green~tea replied at 1-12-2022 04:52 PM
Masa ngandung perut ada satu line menegak tatau ape bende line tu
ADVERTISEMENT