Kuala Terengganu: Amalan perbomohan dan sihir antara empat seksyen baharu diwujudkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu di sini, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, enakmen itu diluluskan untuk memperkukuhkan lagi perundangan syariah di negeri ini. Selain itu, katanya, tiga lagi seksyen baharu yang diluluskan adalah, kesalahan perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid), hamil atau melahirkan anak luar nikah dan persediaan melakukan liwat. "Enakmen itu akan dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya kepada media pada Persidangan Dewan Undangan negeri (Dun). Satipul Bahari yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Paka berkata, pindaan enakmen itu bertepatan untuk dikuatkuasakan selepas lebih 20 tahun ia digubal. Katanya, kali terakhir pindaan enakmen itu dibuat adalah pada 2016 iaitu hanya membabitkan lima seksyen. "Empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam enakmen itu membabitkan kesalahan perbomohan dan sihir, hamil atau melahirkan anak luar nikah, perempuan berlagak seperti lelaki (pengkid) dan persediaan melakukan liwat. "Beberapa penambahbaikan yang dibuat antaranya memaksimumkan hukuman berdasarkan peruntukan 356 iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan," katanya. Mengulas lanjut, Satipul Bahari berkata, bagi memastikan umat Islam mendapatkan rawatan alternatif yang tidak bercanggah dengan hukum syarak, satu unit khas ditubuhkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk melakukan pemantauan aktiviti berkenaan. "Hukuman perempuan berlagak seperti lelaki diwujudkan kerana trend gejala itu agak membimbangkan sejak mutakhir ini. "Dengan pelaksanaan hukuman itu, kerajaan berharap rakyat negeri ini akan mematuhi perundangan Islam selaras matlamat menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri maju, berkat dan sejahtera," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
glump replied at 1-12-2022 06:31 PM
Lelaki berlagak perempuan dah ada undang3 ke?
Lahirkan anak luar nikah Adalah kesalahan atas si ibu ...
kelapaparut replied at 1-12-2022 06:39 PM
ye la tu, si bpknye terlepas bebas, yg tu keadilan bg PAS.
gideoncross replied at 1-12-2022 10:03 PM
Dlu iol trkjut tngok MV c Ruby Rose ni, tiba2 je trsembul packers bntuk kote tu.
ADVERTISEMENT