Tular sebuah video di Indonesia sejak Rabu memaparkan seorang lelaki berpakaian hitam didampingi dua wanita mengakui bahawa dirinya adalah Imam Mahdi dan mendakwa sebagai raja akhir zaman.
Lelaki berasal dari Kutatandingan Kerawang, Indonesia itu muncul di daerah tempat tinggalnya dan mendakwa mempunyai kemampuan untuk menghentikan segala bencana alam. Dalam video tersebut, lelaki berkenaan memberikan ucapan bagi sesiapa yang mencari Imam Mahdi boleh hadir ke tempat tinggalnya itu. Berdasarkan video berdurasi 46 saat itu, lelaki terbabit hanya mempunyai dua pengikut iaitu isterinya sendiri. Salah seorang isterinya dikenali sebagai Ratu Adil sementara identiti seorang lagi isterinya belum dikenal pasti.
Ketiga-tiga suspek dilaporkan sudah berada dalam perhatian polis Indonesia dan akan ditahan bagi siasatan lanjut. Sumber: Majoriti |
tikusmontok: Tudung pink tu rupa friska bab ...
helicornia replied at 1-12-2022 08:39 PM
Sedihnya tengok kerajaan tu
gigahertz replied at 1-12-2022 09:32 PM
Mungkin ini
gigahertz replied at 1-12-2022 09:32 PM
Mungkin ini
ADVERTISEMENT