CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Anak Tiga Dipenjara 10 Bulan Curi Seluar Dalam Lelaki

1-12-2022 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1815| Komen: 21

MELAKA – Seorang ibu tiga anak dipenjara 10 bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri pakaian termasuk pakaian dalam lelaki di sebuah pusat beli-belah, minggu lalu.


Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Farah Munirah Zahari, 34, yang membuat pengakuan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang telah mencuri tujuh helai seluar, sehelai singlet dan tiga kotak seluar dalam lelaki dengan nilai keseluruhan RM1,256 milik pasar raya Aeon Bandaraya Melaka.


Foto: Kosmo


Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1.50 petang pada 24 November 2022.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau berulang boleh dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan mempunyai tiga anak kecil, selain ibunya kini menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit kanser dihidapi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari bagaimanapun memohon agar hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira tertuduh mempunyai dua rekod lampau membabitkan kesalahan sama.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dari tarikh ditangkap pada 24 November lalu.

Dalam prosiding sama, tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2003) dan hendaklah menjalani pengawasan di bawah Seksyen 38(B) akta sama atas kesalahan memberikan kepada diri sendiri dadah jenis heroin pada hari ditangkap.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali dan perintah pengawasan selama dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 10 Januari tahun hadapan bagi menunggu laporan patalogi dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 1-12-2022 03:06 PM
mak aihh mahalnye sampai 1k lebih..baru nk ckap stakat curi spender tu lepaskan je la bru bpe sen na..
Quote Nurdianah 1-12-2022 03:12 PM
Machiam..machiam..
Quote ifanonline 1-12-2022 03:13 PM
mungkin dia ada fetish kpd seluar dalam lelaki...semacam lelaki ada fetish panties pompuan
Quote Kemaruk-Taikk 1-12-2022 04:20 PM
Samala cam lebai forem pun anti yahudi tp bab puting dialah juara. Besok jd gang curik coli le.. kecik2 lelama jd bukit
Quote elzy 1-12-2022 05:14 PM
Nak jual balik kot..
Quote uda 1-12-2022 05:28 PM
mamajawie replied at 1-12-2022 03:06 PM
mak aihh mahalnye sampai 1k lebih..baru nk ckap stakat curi spender tu lepaskan je la bru bpe sen na ...

Bukan seluar dalam sahaja:

"telah mencuri tujuh helai seluar, sehelai singlet dan tiga kotak seluar dalam lelaki dengan nilai keseluruhan RM1,256 milik pasar raya Aeon Bandaraya Melaka."
Quote cikatilia 1-12-2022 05:30 PM
dia nak pakai ke jual ke bagi lelaki
Quote intan244 1-12-2022 07:22 PM
ke curi utk lakinya? malunya dik, org islam mencuri, mendadah. anak dia la yg malu.
Quote asfaz 1-12-2022 07:31 PM
Nurdianah replied at 1-12-2022 03:12 PM
Machiam..machiam..

Kau ni kan tercemar mata weolls tau dgn gif ni
Quote gideoncross 1-12-2022 09:52 PM
Smpai mahal camtu skli jumlah harganya, sheol ambil yg branded undergarments ke?
Quote juboqhang 1-12-2022 10:40 PM
Main heroin patot la..
Quote Carcosa 2-12-2022 06:29 AM
Baru nak kesian.
Sekali, taik dadih. Dgn dah buat berkali2, huh.
Hah padan muka ko kak
Quote KirazMevsimi 2-12-2022 07:13 AM
pelbagai jugak jenayah dia rupanya. mintak dijauhkan
Quote sangbara2020 2-12-2022 07:41 AM
menagihkah? kurus keding sgt
Quote emera 2-12-2022 08:18 AM
Aku baru nk compare hukuman dgn ex laki amelina, skali tgk dia mendadih, elok humban je dlm penjara lama2. Masa mendadih mencuri tk ingat anak2 pulak?
Quote midori888 2-12-2022 08:30 AM
Curi nak kasi kat laki dia kot....
Quote midori888 2-12-2022 08:33 AM
emera replied at 2-12-2022 08:18 AM
Aku baru nk compare hukuman dgn ex laki amelina, skali tgk dia mendadih, elok humban je dlm penjara  ...


Yg pukul Bini tu exlaki Amelina yer ..

Amelina nie meols pnh jumpa kat kedai mkn back in 90's, dia borak dgn kwn satu kedai bole dgr. Kuat giler berckp....dasar attention seeker...
Quote plywood 2-12-2022 08:38 AM

haha.. anoyying betul gambar
Quote mamajawie 2-12-2022 10:21 AM
apa la akak ni..da la mencuri mendadih plak tu..hai la kak x kesian ke kt 3 org anak2 tu?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.099247 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top