CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Penari Dah Boleh Duduk, Mandi Selepas 4 Bulan Dihempap Skrin Gergasi

1-12-2022 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2340| Komen: 5

Penari yang cedera parah dihempap skrin LED gergasi sewaktu mengiringi persembahan konsert kumpulan Mirror dilaporkan semakin stabil sejak insiden menggerikan itu.

Bapa Lee Kai Yin, Derek Li memaklumkan dia kini sudah boleh duduk di atas kerusi roda untuk tempoh lebih lama berbanding sebelum ini, malah mandi buat kali pertama dalam tempoh empat bulan selepas kejadian.


Yahoo

Sebelum ini, laporan media mendedahkan penari berusia 28 tahun itu dikatakan berkemungkinan lumpuh daripada bahagian leher akibat kemalangan berkenaan.

Pada awal November lalu, pasukan petugas yang meninjau lokasi kemalangan mendapati penganjur konsert gagal mengesahkan keselamatan pemasangan skrin LED sehingga menyebabkan dua orang penari termasuk Kai Yin cedera parah.


Sehubungan itu, Setiausaha Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Hong Kong, Kevin Yeung Yun Hung merancang untuk memperkenalkan skim perintis yang mewajibkan kerja-kerja pemasangan pentas dan peralatan diperiksa pihak ketiga.

Kevin memberitahu projek itu merangkumi butiran seperti barangan yang digunakan perlu mendapat pengesahan selain pemilihan lokasi konsert di tempat kendalian kerajaan.


The Independent

Untuk rekod, sebuah skrin berkenaan terjatuh ketika kumpulan Mirror sedang membuat persembahan di Hong Kong Coliseum pada 28 Julai 2022.

Dua orang penari di atas pentas mengalami kecederaan dan konsert yang sepatutnya berlangsung sehingga 6 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 1-12-2022 09:50 PM
Seram tngok video ni kat YT sbb monitor tu btul2 jtuh kat ats this dancer.
Quote ezacbee 4-12-2022 12:56 PM
Panjang umo dia.. Ingatkan dah xde harapan hidup.
Quote mizruncing 5-12-2022 03:50 PM
ingatkan mati. hidup lagi rupanya.. aduhh scary tgk video tu
Quote nadie90 13-12-2022 08:55 PM
Nasib masih hidup....panjg umur...kuat jugak la dia ni bertarung nyawa sbb LED tu jatuh kena kepala dia kot
Quote marchikobonzo 16-12-2022 02:10 PM
Nasib panjang umur dia, keluarga dia patut saman semua yang terlibat

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.110322 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top