CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Maszlee Tak Layak Kembali Sebagai Menteri Pendidikan Atau Senator, Baik Lantik KJ'

1-12-2022 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3766| Komen: 34

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Dr Maszlee Malik gagal mempertahankan kerusi Parlimennya di Simpang Renggam.

Maszlee yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hasni Mohammad.

Maszlee meraih sebanyak 16,491 undi, manakala Hasni memperoleh 18,312 undi membuatkan sesetengah penyokong patah hati dan ingin melihatnya kembali bersuara di Dewan Parlimen.


FB Maszlee

Ketika ini, satu inisiatif mengumpul tandatangan bagi menyokong Maszlee dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, seterusnya diangkat sebagai Menteri Pendidikan sedang digerakkan menerusi laman change.org.


Setakat 1 Disember, petisyen itu memperoleh 310,041 daripada 500,000 tandatangan penyokong yang disasarkan.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, ada juga segelintir pihak yang menolak Maszlee sebagai senator dan Menteri Pendidikan.

Hazwira Ramli menyifatkan, tiada keperluan untuk melantik semula bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dalam Parlimen, berikutan beliau dilihat lemah dalam rundingan bertolak ansur dan tidak tegas.

"Timbalan Menteri dia dulu pun dia tak boleh handle isu-isu berbangkit. Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad ambil alih.

"Idea untuk beri sarapan percuma adalah idea pemimpin lama cuma diperbaharui. 30 hingga 40 tahun lepas sudah ada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid dari keluarga kurang berkemampuan. Tak perlu nak beri sarapan percuma pada semua murid, hanya beri pada kumpulan bersasar, kalau tak mesti membazir.

"Tak ada idea baru sebenarnya untuk rancangan meningkat mutu kualiti pendidikan baik dari guru dan murid-murid," katanya menerusi komen di laman Facebook.

Berpendapat sama, Hawa Noor berkata, Maszlee tidak patut dilantik semula menjadi Menteri Pendidikan berikutan kekalahannya dalam PRU15.

"Takkanlah Ahli Parlimen yang menang tak ada yang berkalibar. Takkan main letak je kot?

"Lainlah memang tak bertanding tapi dilantik menjadi Senator dan seterusnya dilantik menjadi menteri atas kepakaran dalam bidang tertentu," tambahnya.

Mengulas mengenai perkara itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir menjelaskan tiga sebab Maszlee tidak layak diangkat sebagai Menteri Pendidikan mahupun Senator:


1) Keputusan tidak betul

Jeniri Amir berkata, ketika Maszlee memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan, tiada dasar atau pembaharuan yang betul-betul serasi dengan kehendak sekolah dan negara.

Sebaliknya, beliau berkata, Maszlee hanya dilihat membuat keputusan kontroversi.

"Saya fikir beliau tiada pengalaman dan tiada upaya untuk memikul satu tugas yang berat.

"Jadi, saya tidak hairan kalau ada poll mendapati bahawa ramai yang tidak mahu beliau dilantik menjadi Menteri Pendidikan," katanya kepada Majoriti.


2) Tiada kearifan

Jelas Jeniri Amir, Maszlee juga dianggap tiada kearifan dalam memegang Kementerian Pendidikan sedangkan kementerian tersebut penting dan membabitkan banyak pihak, terutamanya jutaan pelajar.

Katanya, beliau juga dianggap sukar untuk mentransformasikan pendidikan berkualiti di negara ini.

"Sebagai contoh, kasut sekolah berwarna putih ditukar kepada kasut hitam. Perkara ini remeh.

"Isu lain adalah seperti kemudahan sekolah di Sarawak daif, bebanan guru-guru, buku teks dan beg sekolah berat. Ini adalah antara soal-soal 
penting," ujarnya.


FB KJ

3) Kelayakan sebagai Senator

Pada masa sama, Jeniri Amir turut menganggap Maszlee tidak layak untuk diangkat menjadi senator kerana beliau masih bukan disifatkan sebagai pemimpin luar biasa dan hebat.

"Beliau tidak setanding pemimpin heavy lain. Kalau beliau macam KJ (Khairy Jamaluddin) bolehlah jadi.

"Kenapa tak lantik KJ berbanding dia?" soalnya


Sumber: Majoriti





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 1-12-2022 01:41 PM
Dia terlalu "lembut" utk menjadi seorg menteri
Quote Kemaruk-Taikk 1-12-2022 01:46 PM
Melayu kalau pasal cucuk.. no1.
Quote tripleid 1-12-2022 01:52 PM
cacai PN detected ..kalau maslee ni fail jadi menteri dulu, takkan la cikgu Fadli tu rindu zman dia menteri
Quote Simunggu 1-12-2022 02:06 PM
saya tak suka KJ tapi dari segi kerja, kompeten, bagus lantik KJ dari maszlee, tak ada diplomasi berdepan dgn org kampung..
Quote Siput_Sawah 1-12-2022 02:09 PM
Hanya org JPM saja yg tahu yg si mamat ni gah nama aje bab kerja failed tapi disanjung pentabsub dan org luar. kalau mcm ni sampai AJM mutu pendidikan Malaysia takkan berkemabang kalau kpi mutri dinilai kat tukar kasut hitam. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote missbigrockstar 1-12-2022 02:11 PM
Bila muncul majeli ni terus teringat perangdina
Quote bakingsoda 1-12-2022 02:16 PM
1bestarinet senyum sinis
Quote gangerina 1-12-2022 02:17 PM
gamabar tu....ewwww....pebenda la posing cam bbnu...
Quote KamikuP 1-12-2022 02:26 PM
Si Maszlee ni patung je, yg byk mencapub Timbalan dia tu menyampah pulak meolss tengok muka timbalan dia tu.. puikk
Quote ResellerMaxis 1-12-2022 02:34 PM
Kejamnya.

Kenanglah jasa beliau. Without him until today kids in Simpang Renggam cannot study at McDonald.
Quote akies 1-12-2022 03:24 PM
Entah sape lak yang beria-ria buat petition ni utk dia. Masa jd menteri dulu lembik.
Alih2 letak jawatan.
Cikgu fadli tu pun pomot link ni dlm group telegram. Huh
Quote Nurdianah 1-12-2022 03:27 PM
batu apiiii
Quote cmf_PariS 1-12-2022 03:34 PM
KJ bagus? dia nk susahkan org masa beksin tk ingat ke... meluat aku dia ni..
Quote Skuau 1-12-2022 03:39 PM
Edited by Skuau at 1-12-2022 03:41 PM

itu kalo..amik profesional la...naik senator dlu..selesai.Biar pro buat kerja drng...'serah pada yang pakar'(cam iklan tu kata)..
Quote ifanonline 1-12-2022 03:44 PM
Edited by ifanonline at 1-12-2022 03:46 PM

KJ dan Maszlee tak patut di angkat jadi menteri sebab dua-dua kalah...why not dr zulkefly ahmad?
Quote Kemaruk-Taikk 1-12-2022 03:56 PM
Nak promote gang ko, ko jatuhkan … bunuh karektor org lain? Melayu cam ni la buat negara susah progress. Bodow!
Quote snowflakes 1-12-2022 03:57 PM
Banyak lagi yang menang kan? Yang kalah cuba lagi lain kali...
Quote honeybee1802 1-12-2022 03:58 PM
Zack8hunter replied at 1-12-2022 01:41 PM
Dia terlalu "lembut" utk menjadi seorg menteri

Betui...idea2 dia ada yg bgs tak dinafikan...tp dia takleh nak stand firmly...dgn timb pun kalah...
Quote TomyamPuteh 1-12-2022 04:26 PM
Cikgu2 suka dia sbb dia byk dgr keluhan cikgu2 kot.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.102662 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top