Ankara: Kelicikan seorang wanita di Turkiye yang menyamar sebagai doktor dengan memalsukan sijil kelayakan perubatannya terbongkar apabila dia ditahan polis.
Ayşe Ozkiraz, 20, berjaya memperdayakan orang ramai dengan bekerja sebagai pakar pediatrik di sebuah hospital negeri di Çerkezkoy, selama setahun. Ozkiraz mendakwa, dia lulusan dari Sekolah Perubatan Çapa Universiti Istanbul, namun dia tersilap cakap ketika disoal prosedur standard perubatan hingga rakan setugasnya mula mencurigainya. Pihak pengurusan hospital menghubungi polis, yang akhirnya menggeledah rumah Ozkiraz sebelum menemui beberapa kad universiti, kad pengenalan doktor dan diploma, yang semuanya adalah palsu.
Ozkiraz, tidak mempunyai pendidikan melebihi sekolah menengah serta berjaya meyakinkan keluarganya dia lulus dari Sekolah Perubatan Çapa. Ozkiraz mendedahkan, dia bertindak sedemikian kerana mahu menunaikan hasrat keluarganya yang mahu dia belajar ke sekolah perubatan, namun dia sebenarnya gagal dalam peperiksaan universiti. Ibunya, Semra Arslan memberitahu akhbar Turkiye, Cumhuriyet, mereka sekeluarga tidak dapat menerima kenyataan itu memandangkan anaknya itu bergambar bersama pasukan doktor di dalam dewan bedah dan bersama jururawat ketika bertugas. "Pasti ada orang lain terbabit dalam penipuan itu dan mereka juga harus ditangkap. "Anak saya tidak akan mencuba buat perkara macam ini," katanya. Ozkiraz berdepan dakwaan dan tindakan kerana melanggar Undang-Undang Amalan Gaya Perubatan dan Sains Perubatan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Pasti ada orang lain terbabit dalam penipuan itu dan mereka juga harus ditangkap.
"Anak saya tidak akan mencuba buat perkara macam ini," katanya.
Tembikaigoreng replied at 1-12-2022 04:07 PM
Gilerr 20 tahun dah pakar LOLL
CiliPadiSedap replied at 1-12-2022 05:11 PM
kat malaysia 19 tahun dah jadi pakar repair gigi orang hasil belajar utube lepas gigi kena ...
Tembikaigoreng replied at 1-12-2022 05:19 PM
Selalu macam tu berselindung kat beauty spa or clinic....pepandai belajar sendiri tanpa tauliah!! ...
Dwdrum replied at 2-12-2022 07:23 AM
Dia menipu sebab parents... Kasihan ko dek...dari ko sedap kan hati parents dengan menipu begitu leb ...
stingergrumpy replied at 1-12-2022 03:26 PM
You are that one living example...tengok sekarang...walau tak jadi doktor...tapi jadi barua laki.. ...
Dwdrum replied at 2-12-2022 09:55 AM
Ada 3 jenis jantan suka clingy perempuan 24/7 seperti ko .. Ko mahu jenis bagaimana?
stingergrumpy replied at 1-12-2022 06:06 PM
Koyakzz keww ni?
Anyway, Ko surely have been living with all these three at different time of you ...
Dwdrum replied at 2-12-2022 10:57 AM
Bukan koyak but aku mahu bagi fact.. Ikut psychology..ko dengan sonic budak hitam pun ko koyak dah ...
stingergrumpy replied at 1-12-2022 10:18 PM
Aku suka bila istikah koyak digunapakai....koyak peks koyak...siapa yg peks lebih koyak iteww bole ...
ADVERTISEMENT