CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebahagian Besar Kawasan Dunia Semakin Mengering, Lebih 3.6 Juta Orang Tak Ada Akses Bekalan Air Mencukupi

1-12-2022 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1247| Komen: 8

WASHINGTON – Satu laporan mendapati bahawa lebih 3.6 juta orang di seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada bekalan air mencukupi dengan sebahagian besar kawasan kini semakin mengering, lapor agensi berita United Press International kelmarin.


Laporan dikeluarkan Organisasi Meteorologi Dunia (WMO) itu mendedahkan banyak kawasan lebih kering berbanding kebiasaan pada 2021 dengan mengambil kira faktor kejadian banjir, kemarau dan aliran sungai di seluruh dunia.  

Menurut laporan tersebut, keadaan itu berlaku disebabkan perubahan iklim dan fenomena La Nina.


Foto: AFP

“Impak perubahan iklim dapat dilihat menerusi insiden kemarau lebih kerap, banjir ekstrem dan musim hujan yang tidak menentu serta glasier yang mencair lebih pantas. Ini semua memberi kesan kepada ekonomi, ekosistem dan semua aspek kehidupan kita.

“Namun, pemahaman mengenai perubahan edaran, kuantiti dan kualiti sumber air bersih masih belum mencukupi,” kata Ketua Setiausaha WMO, Petteri Taalas.

Menurut laporan sama, kawasan Bumi dengan aliran sungai di bawah kadar purata adalah dua kali ganda lebih banyak daripada kawasan di atas purata apabila dibandingkan dengan purata 30 tahun.

Kawasan-kawasan yang semakin kering termasuk Rio de la Plata di Amerika Selatan dan lembangan sungai di negeri Colorado, Missouri serta Mississippi di Amerika Syarikat. 

Sementara itu, simpanan air yang berlaku secara semula jadi di dalam kanopi, salji, ais dan air di bawah permukaan juga berada di bawah kadar purata berbanding tempoh masa 2002 hingga 2020.

AS, bahagian tengah Amerika Selatan, Patagonia, Afrika Utara dan Madagascar, Asia Tengah dan Asia Barat, Pakistan serta India Utara adalah rantau-rantau yang memiliki kadar simpanan air yang rendah.

“Secara keseluruhan, trend negatif ini lebih kuat berbanding trend positif,” kata laporan yang sama. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 1-12-2022 02:18 PM
Edited by stingergrumpy at 1-12-2022 02:19 PM

Berseiringan dgn jumlah penduduk dunia skg ini yg tergolong majoritinya warga emas dgn purata usia hidup lebih lama, kekeringan peks #putushaidh....

Kakarosipinki tersenyum simpul

Kahkahkahkahkahkqh
Quote Simunggu 1-12-2022 02:21 PM
kenapa bah ni cakap mcm org buduh...sekejap air banyak kamu tengelam mampus..sekejap kering tak ada air...
Quote brego 1-12-2022 02:33 PM
kempen climate change la nih.

lepas ni boleh la kita semua makan serangga,
dan daging sintetik dari lab.

alasan untuk menjaga alam
Quote tripleid 1-12-2022 02:35 PM
Hopefully world's biggest river di Amazon aman2 saja..sian bumi dah makin tenat angkara tangan2 manusia
Quote Kemaruk-Taikk 1-12-2022 04:28 PM
Lobai Kelantan tak panik pun relak ah awal lg..
Quote ninja boy 1-12-2022 04:52 PM
Negara rmai penduduk spt India china harus dilupuskan separuh populasi
Quote rosedemon 2-12-2022 09:57 AM
ninja boy: Negara rmai penduduk spt India china harus dilupuskan separuh populasi


kihkih kejam

Quote boo07 29-11-2024 08:17 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.135573 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top