Pempengaruh popular serta adik kepada pelakon Syatilla Melvin mendedahkan perancang perkahwinan tidak memberi sebarang tajaan untuk majlis nikahnya dengan bintang bola sepak, Safawi Rashid.
Namun Syifa mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana berpuas hati dengan hasil kerjanya terutama konsep pelamin dan keseluruhan dalam dewan yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya baru-baru ini. Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto pelamin dan seluruh dewan di hari bersejarahnya. Dalam pada itu Syifa memberitahu dia akan berkongsi apa jua yang membuatnya berpuas hati dengan usaha dan hasil kerja seseorang.
Selain perancang perkahwinan dan dekorasi, Syifa juga mengupah pegurus acara untuk kelancaran majlisnya serta jurufoto yang dinyatakan memberi perkhidmatan yang terbaik buatnya. Syifa Melvin sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rashid pada 28 November lalu. Syifa yang mengalirkan air mata sebaik sahaja diijabkabulkan menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian daripada bintang bola sepak muda itu. Sementara jumlah wang hantaran serta dulang hantaran kepada Syifa yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin tidak didedahkan kerana pasangan ini mengambil keputusan untuk merahsiakannya. Sumber: Gempak |
maxim replied at 1-12-2022 05:58 AM
bertabahlah pawi hari2 kene ngadap muka syifa tanpa mekap time bgun pagi
ayukpingu replied at 1-12-2022 02:18 PM
bila tengok muka dia without makeup, baru sedar sesuai sungguh mereka berdua.
apech replied at 1-12-2022 02:28 PM
mano nak cari muko takdo mekap eh
dudaberhias replied at 1-12-2022 02:44 PM
kat dahi heshe tu lubang apa? tempat bubuh intan permata ke macam ular nagin?
awex^returns replied at 1-12-2022 03:36 PM
sesiapa ada berita terkini tak, pawi ada pengsan tak bangun tido tengok bibik sebelah dia
kah kah k ...
maxim replied at 1-12-2022 01:58 PM
bertabahlah pawi hari2 kene ngadap muka syifa tanpa mekap time bgun pagi
dudaberhias replied at 1-12-2022 01:28 PM
tengok majlis semua memang ok cantik terletak jah...
takde la tahap sampai mamasabariah sapu marjer ...
ADVERTISEMENT