CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sakit Perut, Muntah-Muntah Lepas Telan 187 Keping Duit Syiling Seberat 1.5kg

1-12-2022 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 926| Komen: 4

NEW DELHI – Sepasukan doktor di India berjaya mengeluarkan 187 keping duit syiling dari perut seorang lelaki yang dibawa ke hospital kerana mengalami masalah kembung dan sakit perut, lapor akhbar Daily Star.


Penemuan tersebut dibuat apabila lelaki yang berasal dari perbandaran Lingsugur itu dibawa oleh ahli keluarganya ke hospital kerana mengalami sakit perut dan muntah-muntah.

Selepas melakukan pemeriksaan, pegawai perubatan di Hospital Hangal Sri Kumareshwar terkejut apabila mendapati pesakit berkenaan telah menelan syiling seberat lebih 1.5 kilogram (kg).


Foto: SWNS

“Pesakit itu disahkan mengalami masalah psikiatri. Dia telah menelan syiling ini sejak dua hingga tiga bulan lalu. Dia datang ke hospital kerana muntah dan berasa tidak selesa di bahagian perut.

“Berdasarkan gejala yang dihadapinya, kami memutuskan untuk menjalankan imbasan X-ray dan endoskopi. Kami memutuskan untuk membedahnya setelah menemui syiling itu,” kata pakar perubatan di hospital tersebut, Dr. Eshwar Kalaburgi. 

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, sejumlah besar duit syiling diletakkan di atas meja, manakala imej imbasan X-ray memaparkan objek-objek itu berada di dalam perutnya.

Eshwar kemudian mengesahkan bahawa pesakit tersebut kini berada dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan.

“Selepas dua jam pembedahan, kami berjaya mengeluarkan semua syiling. 

“Selepas pembedahan, dia dirawat kerana kekurangan air dan masalah kecil lain. Pesakit tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan mampu bercakap,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 1-12-2022 01:39 PM
ko dah kenapa??
Quote rosedemon 2-12-2022 09:56 AM
gila agaknya. apa rasa telan duit syiling
Quote supernaturalee 2-12-2022 10:01 AM
rosedemon replied at 2-12-2022 09:56 AM
gila agaknya. apa rasa telan duit syiling

rasa beruang



Quote boo07 29-11-2024 08:17 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064423 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top