CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bermula 12 Mei 2023, 15 Hari Bicara Kes Ubah Wang Haram Dan Cukai Rosmah

1-12-2022 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2392| Komen: 29

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan selama 15 hari bermula 12 Mei 2023 bagi perbicaraan kes pengubahan wang haram dan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor.


Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu ketika prosiding sebutan kes berkenaan hari ini yang turut dihadiri peguam bela Datuk Geethan Ram Vincent dan Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn bagi pendakwaaan.

Tarikh-tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraan adalah pada 12 Mei, 28 dan 30 Jun, 6, 7, 27, 28 dan 31 Julai, 1, 2, 11, 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September tahun depan.


Foto: Kosmo


Bagaimanapun, hakim itu berkata, tarikh perbicaraan berkenaan bergantung kepada keputusan rayuan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar kes terbabit, yang akan didengar Mahkamah Rayuan.

Sementara itu, Yih Tinn memberitahu mahkamah, pendakwaan akan memanggil 15 orang saksi dijangka memberikan keterangan.

Dalam prosiding sebelum ini, Hakim Mohamed Zaini mengingatkan peguam bela Rosmah supaya memberi keutamaaan terhadap perbicaraan kes itu.

Ini kerana Mohamed Zaini berkata, kes itu belum dibicarakan walaupun selepas empat tahun berlalu.

Mengikut pertuduhan Rosmah, 70, didakwa 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 serta di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Terdahulu pada 22 november lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya akan mendengar penghujahan lanjut sama ada ia mempunyai bidang kuasa mendengar dua rayuan Rosmah untuk menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini dalam perbicaraan kes itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hanipah Farikullah menangguhkan rayuan yang sepatutnya didengar pada hari itu, bagi membolehkan kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis berhubung isu interlokutori yang dibangkitkan oleh mahkamah.

Mahkamah Rayuan ketika itu kemudian menetapkan 23 Disember ini bagi pengurusan kes rayuan tersebut.

Pada 1 September lalu, Hakim Mohamed Zaini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan denda RM970 juta selepas mendapati Rosmah bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kemaruk-Taikk 1-12-2022 12:44 PM
Kasi setel la cecepat. Kalu bersalah sumbat je... kalu tak..lepas lah Nek Mah. Tangguh2 apo ..dah masuk 5 tahun. Lemahhhhh… nonsense!
Quote Buritan 1-12-2022 12:59 PM
Kemaruk-Taikk: Kasi setel la cecepat. Kalu be ...


Itu laa.. tgh dia sihat.. nanti dah terdeeh deeh netizen pun sian.. time rmbut dia kepuk krpuk ni sumbat le cpt pun kalo dia salah..
Quote Artemesiaa 1-12-2022 01:01 PM
Banyak lagi siri nak kena hadap rupanya
Quote cikatilia 1-12-2022 01:01 PM
lambatnya.... ada lagi 5 6 bulan dei
Quote Kemaruk-Taikk 1-12-2022 01:07 PM
Buritan replied at 1-12-2022 12:59 PM
Itu laa.. tgh dia sihat.. nanti dah terdeeh deeh netizen pun sian.. time rmbut dia kepuk krpuk ni  ...

Di US ..Kes Johnny Deep.. Harvey Weistein cepat je setel. Malaysia..terhegeh-hegeh. Byk sgt ke penjenayah kt negara ni.
Quote Kitty_catz 1-12-2022 01:09 PM
ok kak mah.. best of luck

kut dapat balik reta qarun tu kut nak buat pre loved.. tag meols yach

kut la dapat hermes mur2 buat kesat2 kaki

meols pi opeh kelek beg ikea ajeeeee
Quote Buritan 1-12-2022 01:43 PM
Kemaruk-Taikk replied at 1-12-2022 01:07 PM
Di US ..Kes Johnny Deep.. Harvey Weistein cepat je setel. Malaysia..terhegeh-hegeh. Byk sgt ke pen ...

Ye le gamaknyaa.. kes curi ayam curi duit sojid curi kmbing.. tu pun kena hukum puluh tahun.. kes rosmah ni kocik ajoo..
Quote Buritan 1-12-2022 01:44 PM
Kitty_catz replied at 1-12-2022 01:09 PM
ok kak mah.. best of luck

kut dapat balik reta qarun tu kut nak buat pre loved.. tag meols yach

Ceit nak beg hermes jahh.. sedap beno ke beg hermes tuu ek
Quote stingergrumpy 1-12-2022 01:45 PM
Boleh sambut 2 raya lagi ler nampaknya?

Grrrrrrrrrrr
Quote Kitty_catz 1-12-2022 01:55 PM
Buritan replied at 1-12-2022 01:44 PM
Ceit nak beg hermes jahh.. sedap beno ke beg hermes tuu ek

Tak tahu chuols.. meols xde , acer tanya acik porom yg ada tu ha.. kembang kuncuppp idong kelek hermes gamak

Idung meols dah cukup kembang dah. So no need chuolsss..
Quote kasibiman 1-12-2022 02:12 PM
Mmg game plan nak melambat2kan permainan je
Quote Nurdianah 1-12-2022 03:00 PM
Tak habis2.
Quote KamikuP 1-12-2022 03:57 PM
Letak sekali satu sel dgn Najib pasti meriah di hari raya
Quote totokreturn. 1-12-2022 04:24 PM
harap kerajaan PH dapat membantu beliau
Quote Firenzza 1-12-2022 09:27 PM
Curi milo cepat no bicaranya....yg ni jota2 mcm nampak x nampak file kt mhkmh....silap2 brg kes pun dh dimkn anais anais
Quote green~tea 1-12-2022 09:32 PM
Nurdianah replied at 1-12-2022 03:00 PM
Tak habis2.

Takkan laa muka dia ni berubah sampai huduh lagu ni
Quote juboqhang 1-12-2022 10:38 PM
Tahun depan .. hakim mogok ka?
Quote Perwira2022 1-12-2022 10:48 PM
Memang sengaja dilambatkan.. PH dlm proses naikkan tommy tomas jadi AG semula... Lepas tu gugurlah case org2 UMNO termasuk kak mah.... Tu perjanjiannya...
Quote rosedemon 2-12-2022 09:54 AM
mpos la ko ros

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.063547 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top