Seorang pekerja asing dari Bangladesh menyatakan dia hanya makan dengan berlaukkan bawang, cili dan garam sahaja untuk berjimat cermat bagi membolehkannya menyimpan wang untuk keluarganya.
Dalam video yang dimuat naik di laman sosial oleh seorang pengguna @pokchek906 dia merakam seorang pekerja asing yang sedang menikmati hidangannya yang berkuahkan air putih dan tanpa lauk pauk. Difahamkan pekerja asing tersebut telah berjaya menyimpan wang sebanyak RM800,000 dan sudah memiliki tanah dan sebuah rumah di halaman kampungnya hasil daripada pengorbanannya itu. Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan hormat apabila melihat kegigihan pekerja asing tersebut dalam menyimpan wang ringgit ketika bekerja di Malaysia meskipun terpaksa berkorban daripada menikmati makanan yang mewah.
Namun ada juga yang was-was kerana tidak percaya pekerja asing tersebut telah berjaya menyimpan wang hampir sejuta namun, ada yang bersemangat untuk mengikuti jejak sama sepertinya. -CARI |
ADVERTISEMENT