Polis mengesahkan menerima laporan berhubung rakaman video beberapa individu menyanyikan lagu Negaraku dengan Jalur Gemilang dikibarkan bersama bendera Israel.
Harian Metro melaporkan, laporan itu diterima jam 11.20 malam kelmarin daripada seorang lelaki tempatan yang mendakwa melihat rakaman berkenaan menerusi kumpulan Whatsapp.
Twitter "Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada September lalu ketika sekumpulan individu tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama dengan agensi pelancongan. "Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood dalam kenyataan, hari ini. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa bahan di mana-mana platform bagi mengelak sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan serta menggugat ketenteraman awam. Difahamkan, rakaman berkenaan dipercayai dirakam ketika kumpulan individu berkenaan membuat lawatan ke Laut Galilee dalam kawasan jajahan Israel. - CARI |
JohnDeSouza replied at 30-11-2022 07:56 PM
banyak yg pakai tudung??
liton replied at 30-11-2022 08:21 PM
Saja jer ni viralkan sebab ada bendera Israel bila kerajaan baru naik. Nak bagi rakyat rasa kurang s ...
makiting replied at 30-11-2022 09:12 PM
Kannn..
Dah ada dah pihak Umrah DIY bg pencerahan dah
ADVERTISEMENT