CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa Lari Dari Kerja RM20 Ribu Sebulan, Liana Beep Beep Tampil Perjelas Isu Langgar Kontrak

1-12-2022 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4371| Komen: 37

PETALING JAYA – Setelah sekian lama mendiamkan diri ekoran terpalit kontroversi melanggar kontrak, seorang ‘influencer’ media sosial akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar.


‘Influencer’ yang dikenali dengan tagline ‘beep beep’, Liana mendakwa, dia mengambil masa yang lama untuk memberikan penjelasan kerana atas nasihat peguam yang memintanya untuk tidak menceritakan situasi sebenar sehinggalah ia selesai.



“Saya sangat berterima kasih kepada pihak syarikat kerana memberikan saya peluang untuk bekerja bersama dan mereka juga sangat baik kepada saya. Bahkan, pemilik syarikat turut menawarkan gaji berjumlah RM20,000 sebulan bagi menandatangani kontrak jangka masa panjang selama lima tahun bersama mereka.


“Meskipun begitu, saya mempunyai alasan peribadi yang menyebabkan saya memutuskan untuk menamatkan kontrak dengan notis berhenti selama dua bulan yang akan tamat pada 19 Disember ini,” dakwa Liana.

Dakwanya lagi, tindakannya dalam siaran langsung menerusi akaun TikTok peribadinya adalah berpunca daripada pihak syarikat yang tidak memaklumkannya atas segala perubahan yang berlaku di akaun TikTok syarikat tersebut.

“Kalian (netizen) perlu faham bahawa sepanjang masa saya bersama dengan syarikat, saya adalah terikat dengan kontrak dan tidak dibenarkan menganggap saya berada dalam kontrak, tetapi sebaliknya perlu berpura-pura seakan akaun syarikat itu adalah milik saya,” dakwanya.

Tambahnya, akaun TikTok tersebut adalah dilog masuk menggunakan nombor miliknya dan dia merupakan individu yang selalu membalas komen, menjadualkan hantaran dan kadangkala akan memuat naik video-video berkenaan.

“Apabila terlalu banyak menerima mesej langsung (direct message) daripada kalian yang mengatakan tidak dapat mencari video dan akaun tersebut, maka saya perlu mencari sebab apa sebenarnya yang berlaku dengan akaun tersebut.

“Jika tidak, saya yang akan dipersalahkan kelak dan itulah yang berlaku semasa siaran langsung tempoh hari,” jelasnya.

Liana turut mendakwa tindakan drastik daripada pihak syarikat berkenaan telah menyebabkan dia dan keluarganya menerima kecaman yang hebat.

“Saya menyerahkan segalanya kepada undang-undang,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 1-12-2022 04:27 PM
Tu lah dekk hidop x bebas kene ikut renatk sykt mcm filem Puteri Impian kamera dok ikut 24 jam.
Cer hidop mcm meolss ni tak femes mana folower kat medsos pun sendu di hujung rintis... ekekekeke
Quote Kemaruk-Taikk 1-12-2022 04:39 PM
Bila melayu dpt internet…. apa yg ko influence? Haram x kenal! Last2 jual maruah.. gedik2.
Quote gekkou 1-12-2022 09:25 PM
aku x kenal dia siapa
kena nama kena ada beep beep
Quote sharlenetexas 1-12-2022 09:27 PM
Tak faham dan who ayusss?


Quote doubleharmonic 1-12-2022 09:46 PM
ko terlepas dari kandang mana ni babi?
Quote dekmieDandy 2-12-2022 08:56 AM
banyak gile gaji 20k sebulan

pastu nak tambah kontrak 5 tahun lagi
Quote bottombikini 2-12-2022 09:03 AM
aku dulu2 kalo tgk gaji org ni selalu pikir korang buat apa gaknye dgn gaji puluh2 ribu begitu
Quote apech 2-12-2022 09:24 AM
Ko pun tak menjawab soklan dek.
Quote Potpouri 2-12-2022 09:25 AM
Aku tgk juga akaun dia byk share tmpt2 makan yg best.. influencer makanan. Suara kecik mcm mengada2 sikit

Rupa kusam tak berseri2 macam selalu sebab mengandung kot
Quote grouper 2-12-2022 09:27 AM
Ramai org x dikenali skang
Quote netto_ 2-12-2022 09:29 AM
Siap ade company rupenye. Ingatkan mmg lifestyle gitu. Rupe2 video2 sume ade cameramen yg ikut record. Siap pulak bergaji 20k
Quote kucingitam 2-12-2022 09:33 AM
itu macam kau bekerja makan gaji sama mcm kami2 ni la...kalau kerja tak betul kena marah, target tak capai kena marah..cma kau kena marah tapi bergaji lebih bnyk dr PM malaysia la..hahah
Quote sangbara2020 2-12-2022 09:38 AM
gj 20k oke hape
Quote rosedemon 2-12-2022 09:54 AM
gila la xyah sesusah belajar dpt gaji 20k
Quote Bergosip 2-12-2022 09:58 AM
KamikuP replied at 1-12-2022 04:27 PM
Tu lah dekk hidop x bebas kene ikut renatk sykt mcm filem Puteri Impian kamera dok ikut 24 jam.
Cer  ...

Tapi Liana Beep Beep ni tak perlu pon reveal personal life dia. Kalau awak pernah tengok video TT dia (under company tu), Liana hanya review makanan dekat restaurant je. Dan tak perlu live pon dekat TT tu. Basically, private/personal info dia memang tak di-reveal. Kerja dia hanya pergi restaurant dan makan

Bila dia dah start buat account Tiktok baru, Liana ni start reveal personal life dia. Start reveal muka suami, personal life, buat live tiktok.
Quote Nurdianah 2-12-2022 10:27 AM
Who r yousss?
Quote alieyrina 2-12-2022 12:47 PM
Aku kenai farah breep breep ja budak af. Beep beep x kenai
Quote edayildiz 2-12-2022 12:51 PM
xknl
td akk ofis ckp psl tik tokers apa jadah semua..i acah tau tp i mmg x follow rapat psl benda yg trending skrg..apa2 mesti dia nk ajak i berborak..pdhl kita xknl pun org yg dia ckp tu..i mmg x ikut sgt issue semasa yg jd kt malaysia..
Quote Kurex 2-12-2022 12:52 PM
Kau siapa????!!!

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.081477 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top