Dah nak dekat kahwin, Julia Farhana ada berkongsi detik perkenalannya dengan bekas suami Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz. Katanya dia mengenali duda itu melalui ibunya, bagaimanapun Hubungan itu bagaimanapun dirahsiakan kerana mahu menjaga privasi keluarga.
"Saya dah kenal dia dua tahun... kami berdua terlalu menjaga privasi. Ini adalah aturan keluarga dia dan keluarga saya. “Saya kenal Dr Che Hafiz sebenarnya melalui mak saya. Mak saya suka dengan dia dan dah lama kenal dia. Saya pula tiada niat pun nak settle down sebab saya happy dengan karier saya, fokus dengan pelajaran, menyanyi dan berlakon. "Tapi bila kenal dia saya rasa dia okay... not bad. Saya rasa dia lelaki baik, softspoken, gentleman... seorang yang sangat matang dan boleh dibawa berbincang. Saya rasa dia bukan orang yang teruk untuk dijadikan calon suami," katanya kepada mStar.
|
imanamsyar replied at 1-12-2022 12:24 PM
hehehee..biasanya sebelum kawin memang semuanya indah..
KamikuP replied at 1-12-2022 04:19 PM
Julia ko kene ingat, bila kahwin ngan duda ni secara tak langsung bekas bini pun mencapub sama yaach ...
ADVERTISEMENT