CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Negara Rapat Dengan PM Ke-10 Bukti Anwar Berpengaruh Di Peringkat Global

1-12-2022 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2408| Komen: 23

Hubungan antarabangsa sangat penting bagi setiap negara dalam menjalinkan kerjasama dari pelbagai sudut antaranya ekonomi, ketenteraan dan pendidikan.

Dasar luar negara dirancang untuk membantu melindungi kepentingan negara, keamanan negara, tujuan ideologi dan kemakmuran ekonomi sebuah negara.

Pengaruh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat antarabangsa dapat dilihat dengan jelas sehingga menimbulkan kebanggaan rakyat Malaysia.


FB

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak ucapan tahniah daripada pemimpin dunia selepas beliau sah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.


Turkiye

Bloomberg

Hubungan ini dapat dilihat ketika sidang media pertamanya sejurus menjadi Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang merakamkan ucapan tahniah kepadanya, beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Dalam perbualan telefon yang berlangsung selama kira-kira 10 minit, Anwar menyuarakan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan.


Singapura

The Star

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menjadi antara individu terawal mengucapkan tahniah kepada Anwar.

Hsien Loong turut menyatakan hasrat tidak sabar untuk bertemu Anwar bagi membincangkan isu yang dihadapi dan memikirkan cara memajukan hubungan dua hala.

Menurut Hsien Loong, Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan rapat yang telah lama terjalin.


Indonesia

The Jakarta Post

Presiden Indonesia, Joko Widodo juga merupakan antara ketua negara pertama yang menghubungi Anwar sejurus dilantik menjadi Perdana Menteri.

Ia secara tidak langsung mempamerkan pengaruh Anwar di rantau Asia Tenggara.

Presiden Indonesia tersebut turut menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara meliputi budaya, bisnes dan isu pekerja.


Palestin

Middle East Eye

Hubungan antarabangsa Anwar juga tidak terhenti di situ sebaliknya Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada beliau.

Lebih membanggakan, Ismail turut mendoakan Anwar agar terus berjaya dalam memimpin Malaysia dan dapat berkhidmat untuk masyarakat.

Pada masa sama, Ismail juga menghargai sokongan Anwar dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Pemimpin Hamas tersebut berharap Anwar akan kekal lantang agar rakyat Palestin memperolehi hak penuh mereka dan bebas daripada penjajahan yang kejam.

Perkara ini membuka mata rakyat Malaysia bahawa Perdana Menteri ke-10 turut berjuang mempertahankan agama Islam.


Australia

FB

Tidak ketinggalan, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese turut menanti meneruskan kerjasama antara Malaysia dan negara itu sejurus Anwar dilantik.

Anthony menyifatkan hubungan kedua-dua negara mempunyai sejarah tersendiri dan pelantikan Anwar mampu menambah baik kerjasama tersebut.


Amerika Syarikat

NBC

Amerika Syarikat juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Anwar sejurus selesai upacara angkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Mesej tahniah itu disampaikan menerusi Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Brian D. McFeeters.

Kedutaan AS Kuala Lumpur berharap untuk terus mengukuhkan perkongsian strategik AS-Malaysia di bawah kepimpinan Anwar.

Pada masa sama, beberapa pemimpin dunia Arab merakamkan ucapan tahniah termasuk Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Anwar, 75, dipilih sebagai perdana menteri Malaysia ke-10 selepas diperkenan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 November lalu. 


Sumber: Majoriti






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rikiruj 1-12-2022 11:38 AM
Memang tak dinafikan DSAI punya international reach aku rasa paling power amongst semua PM kita, even TDM.  Aku tak pasti TAR and Tun Razak.. tapi PM3,5,6,8,9 meme jauh kena tinggal.
Quote Abahmung 1-12-2022 11:45 AM
Edited by Abahmung at 1-12-2022 11:46 AM

[youtube]Bf6gbUgSzrM[/youtube]


Quote Highflyer19 1-12-2022 11:47 AM
rikiruj replied at 1-12-2022 11:38 AM
Memang tak dinafikan DSAI punya international reach aku rasa paling power amongst semua PM kita, eve ...

Based on what…kajian sendiri sbb terlalu taksub dgn bangnon so nk kena naikkan darjat dia ke tahap dewa
Quote hyie 1-12-2022 11:52 AM
bagi meols, heshe ke-2 selepas tun det. Sedangkan heshe pun beraura yang kuat, apatah lagi chedet yach. Pemimpin barat banyak tak suka che det sebab chedet mulut lantang dan anti-semitik secara terbuka, pastu susah nak jinakkan heols.
Quote ekselen 1-12-2022 12:01 PM
sultab brunei pun antara yg welcoming heols siap dtg pastu drive sendiri keta bwk pm10 pusing2 mkn angin
Quote pocongkiutss 1-12-2022 12:03 PM
Level pentaksub dia ni sama level ngan pentaksub yibit liu
Quote toynme 1-12-2022 12:16 PM
Highflyer19 replied at 1-12-2022 11:47 AM
Based on what…kajian sendiri sbb terlalu taksub dgn bangnon so nk kena naikkan darjat dia ke taha ...

ok la jgk dari midin...dia sediri call jokowi padahal negara jiran je kut
Quote juruterra 1-12-2022 12:17 PM
untunglah..harap Hj Hadi tak cemburu
Quote KamikuP 1-12-2022 04:15 PM
Israel (bukan negara yaach) tak call ke PM10 ni ucap tania?
Quote noor2 1-12-2022 05:03 PM
Wah terbaik Anwar...


Quote nusaraya 1-12-2022 05:26 PM
Wooow... Berkat Anwar seluruh dunia takluk kepada Malaysia ...

Inilah bukti yang x terbantahkan bahwa malaysia saat kini telah menjadi negara superpower atau negara besar kuasa dunia ....

Jadi X heranlah jika Putin, Biden, Xi Jin Ping, Jokowi, Modi dan banyak pemimpin dunia lainnya menunjukan kepatuhan dan mengharapkan sokongan dan bantuan dari Malaysia agar negara mereka tetap exist di muka bumi ini ...
Quote epullipan 1-12-2022 05:42 PM
yang erdogan call DSAI tu bikin teruja sket
Quote fealefea 1-12-2022 07:01 PM
err boleh tak gune pengaruh die sekarang call negara cambodia myanmar settle kes pemerdagangan org kita. please la, x guna pengaruh2 tu kalau takde apa yg nk diselamatkan.
Quote imanjannah 1-12-2022 07:04 PM
pocongkiutss replied at 1-12-2022 12:03 PM
Level pentaksub dia ni sama level ngan pentaksub yibit liu

hihi hi...
Quote dewimalam78 1-12-2022 07:29 PM
Ai think antara pm kita pernah ada, tokdet plg unggul. Walaupun tokdet lantang bersuara esp pasal islam dan war, tp dia still diterima baik oleh pemimpin kuasa besar. Malah tokdet disenangi oleh pemimpin negara2 kecil. Ai tgk based sumber dr video dan arkib negara.
Quote Firenzza 1-12-2022 07:31 PM
Eleh klau wak jahit jd piem jong un org pertama ucap tahniah
Quote mejaputih 1-12-2022 10:06 PM
iols lagi  kagum dgn acik rosmah kita boleh calling2 Putin...
Quote nusaraya 2-12-2022 10:20 AM
fealefea replied at 1-12-2022 07:01 PM
err boleh tak gune pengaruh die sekarang call negara cambodia myanmar settle kes pemerdagangan org k ...

Itulah yang banyak orang x mengerti dan paam serta mempertanyakan  .. sebagai kuasa besar dunia seharusnya yang memimpin G-20 .. bukan Indonesia atau negara-negara lainna yang lebih kecik dan terkebelakang dibandingkan  Malaysia .. Sebagi warga banga melayu ... kita mengharapan Anwar tampil ke hadapan dengan memndahkan markas UN atau PBB ddan IMF + World Bank ari Nw York ke Kuala Lumpur sebagai pusat dunia yang sebenarnya ...   
Quote kelana36 2-12-2022 11:04 AM
Tapi Hadi awang masih tak puas hati lagi, kalau pilih orang lain jadi PM selain Anwar, memang di bodohkan oleh negara negara luar la..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057212 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top