Baru-baru ini tular sebuah rakaman yang memaparkan pasangan pendakwah bebas viral yang mendakwa dengan meminum susu mampu menyebabkan masalah rabun.
Dakwaan tersebut mendapat reaksi dari pelbagai pihak yang rata-ratanya mengecam dan mempersoalkan ketulenan fakta tersebut. Terbaharu, seorang pereka fesyen tempatan memuat naik foto dan kenyataan pendakwah viral itu yang bertajuk “Penyakit kencing manis datang kepada mereka yang makan minum dari sumber yang haram”. Lebih mengejutkan apabila pereka fesyen itu mendakwa ustazah terbabit sudah terpesong dan tidak teragak-agak untuk mendedahkan cerita bahawa ustazah itu pernah mengubati warga Brunei sehingga meninggal.
|
ADVERTISEMENT