CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buaya Gergasi Baham Budak Umur 8 Tahun Hidup-Hidup, Perut Dibelah Untuk Keluarkan Jasad Mangsa

1-12-2022 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1251| Komen: 6

Julio Otero Fernández, 8, dilaporkan telah dibaham hidup-hidup oleh reptilia dengan kepanjangan 3.6 meter itu di hadapan ibu bapanya.

Serangan buaya tanpa belas kasihan itu berlaku kepada seorang kanak-kanak ketika dia pergi memancing bersama ibu bapanya dan empat adik-beradik yang lain di Limón, Costa Rica.

Ibu bapanya, Don Julio Otera dan Margini Fernández Flores hanya mampu melihat anak mereka diheret pemangsa ke dalam air.

Ketika kejadian yang berlaku pada 30 Oktober, kanak-kanak itu sedang bermain di dalam Sungai Matina yang mempunyai kedalaman air paras lutut

Salah seorang adik-beradik mangsa memberitahu mereka melihat buaya itu memenggal kepala kanak-kanak itu dan kemudian membawa badannya ke dalam air.


Foto: The Sun

Walaupun ia diharamkan di Costa Rica untuk membunuh buaya, penduduk setempat tetap mahukan nyawa dibayar dengan nyawa.

Buaya tersebut dibunuh dan perutnya dibedah, di dalam itu dijumpai rambut dan tulang manusia.

Ibu mangsa mengesahkan rambut dan dua tulang itu milik anaknya. -CARI

Sumber: mStar/The Sun

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 1-12-2022 11:16 AM
buaya sungai nil ni memang besar2, kalau setakat budak2 tu sekali telan je
Quote TabletSusu 1-12-2022 11:19 AM
bila baca berita2 gini.. tgk pulak movie2 psl buaya ni.. mmg aku takut nak main kat sungai, laut, tasik semua ni
Quote Artemesiaa 1-12-2022 11:23 AM
Kat tanahair dan negara tetangga pun ada je kes macam ni
Quote black_handbag 1-12-2022 11:29 AM
mesti trauma mak pak budak ni tengok anak kena ngap depan mata
Quote rosedemon 2-12-2022 09:50 AM
sedih aku tgkkes apak da mngis anak dia kena baham tu. tp bukan yg ni
Quote boo07 29-11-2024 08:19 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.282396 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top