CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kali Pertama Berada Di Pentas BN, Saya Berdebar-debar' - Mat Sabu

1-12-2022 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1852| Komen: 23

"Kali pertama berada di pentas BN, saya berdebar-debar," itu reaksi Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu ketika ditanya perasaannya ketika menyampaikan ceramah umum bersama BN sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada malam Rabu.


Mohamad menggambarkan perasaan itu kerana beliau tidak pernah terfikir untuk berada satu pentas dengan BN bagi menyampaikan ceramah seterusnya berkempen bersama-sama untuk memenangkan calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain pada pemilihan 7 Disember ini.


FB

"Kali pertama atas pentas BN ini saya berdebar, memang satu benda serta peristiwa baharu sebab saya mendokong keputusan PH.

"Saya diminta oleh mesyuarat PH semalam (Selasa) untuk hadir malam ini bagi mengesahkan calon BN mewakili PH DUN Tioman ini. Tidak pernah lagi dikelilingi oleh rakan UMNO," kata beliau.


Selain Mohamad, ceramah julung kali diadakan secara bersama itu turut dihadiri Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dan bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.

Kir-kira 500 orang hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan empat pemimpin itu berhubung perkembangan semasa hubungan kedua-dua parti terbabit selepas membentuk Kerajaan Perpaduan.

Mohamad dalam ucapannya berkata, PH dan BN bergabung bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan secara bersama bagi menyelesaikan isu Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Pahang yang tergantung susulan tiada parti memperoleh majoriti mudah.

Tambahnya, dalam suasana politik semasa, PH dan BN perlu membentuk kerajaan bagi mengelak keadaan menjadi huru-hara dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Menurutnya, semua pihak perlu memberi tempoh lima tahun kepada Kerajaan Perpaduan menerusi gabungan PH, BN dan Gabungan Parti Sarawak untuk mentadbir di peringkat Persekutuan dan negeri.

"Tidak apalah mereka (Perikatan Nasional) jadi pembangkang, kritiklah kami, hentamlah kami, tapi beri peluang kepada kami memerintah lima tahun.

"Jangan lagi berlaku peristiwa seperti sebelum ini... saya ke Vietnam sebagai Menteri Pertahanan untuk berunding dengan Menteri-menteri Pertahanan ASEAN, bila balik ke Kuala Lumpur kerajaan hilang. Mana boleh buat kerja kalau macam ini.

"Sebab itu, biar kami memerintah lima tahun, kemudian lima tahun lagi kita lawan dalam PRU. Kalau kami menang kamu terima. Kalau kamu kalah kamu terima, sama ada kami menang atau kamu kalah tiada masalah," kata beliau ketika menyampaikan ceramah.

Dalam pada itu, Mohamad turut meminta rakyat dan pihak pembangkang membuat teguran kepada Kerajaan Perpaduan yang sudah dibentuk bagi membina Malaysia lebih baik untuk semua kaum, agama serta menjunjung Perlembagaan Negara.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote s@s@ 1-12-2022 11:55 AM
ek eleh....
macam x bese.
mula2 dgn bang non, pastu che det, now dgn bn lak....

Quote Skuau 1-12-2022 11:59 AM
Edited by Skuau at 1-12-2022 12:02 PM

INI KALI takde terpekik terlolong..penyakau,perompak,penyamun,rasuah,kurup,kroni...bagai...ka???
Quote SWORKS27 1-12-2022 12:01 PM
best ke atas pentas Bersama penyamun...hoi hoi ya hoi
Quote Rapz 1-12-2022 12:05 PM
Lagi berdebar2 nak tgk mcm mana mulakan tugasan.....
Quote ctaz 1-12-2022 12:08 PM
ada kutuk2 BN tak....
hahahahaha


melayu udah lupo....
Quote tripleid 1-12-2022 12:20 PM
bukan PH yg tehegeh2 nak kan BN sakau tu..kalau bukan sebab YDPA yg suruh comolot, PH pun tak hinginn..
Quote Perwira2022 1-12-2022 12:35 PM
Berkali kali jilat ludah sendiri takkan masih berdebar, bang Mat?

Hina Anwar gelaran Al Juburi, jilat balik
Hina Atok gelaran Bapak Segala Penyamun, jilat balik
Hina Zahid gelaran kepala perasuah, jilat balik

Quote Punat_button 1-12-2022 12:41 PM
sekali nikah melayu, pastu nikah amoi, pastu vietnam

huntonglah sentiasa berdebar

Quote Naftalena 1-12-2022 12:51 PM
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan

Quote brego 1-12-2022 01:07 PM
Edited by brego at 1-12-2022 01:11 PM

dah bertahun kutuk kaw2 BN pelahap rasuah,
sekarang sudah bercemolot.

mau tak berdebar-debar,
banyak pulak tu kahak dan air ludah sendiri nak kena jilat

memang penjilat setia. ompama hanjeng belaan
Quote Simunggu 1-12-2022 01:15 PM
kena park u dari brader bung terus balik menangis bucu katil
Quote olaklempit 1-12-2022 01:55 PM
Hahaha....modal apa dia nak pakai bila satu pentas. Tak kelakar bukan mat sabu lah...
Quote Siput_Sawah 1-12-2022 01:56 PM
so kira dah boleh bercium mulot la skg ni or acane????? debar debar laaa sgt sabu oiii
Quote Decaffeinated 1-12-2022 02:15 PM
Last term lah kot Bang Mat ni. Lepas tu boleh pi main dgn cucu.
Quote ally9970 1-12-2022 02:58 PM
tripleid replied at 1-12-2022 12:20 PM
bukan PH yg tehegeh2 nak kan BN sakau tu..kalau bukan sebab YDPA yg suruh comolot, PH pun tak hingin ...

So kalau bukan YDPA yg suruh, lebih rela jadi pembangkang?
Quote aciksenah 1-12-2022 03:02 PM
Ya la..dulu bukan main lagi dok kutuk macam2 siap baling mic lagi. Ingatkan kamu detik bersejarah itu????
Quote tripleid 1-12-2022 03:13 PM
ally9970 replied at 1-12-2022 02:58 PM
So kalau bukan YDPA yg suruh, lebih rela jadi pembangkang?

Tanpa bn pun ph boleh jadi kjaan dgn bgabung dgn parti sabah/s'wak..
Quote tripleid 1-12-2022 03:19 PM
Ok je ceramah Bang Mat mcm biasa.takde nmpak janggal lgsg..

[youtube]yblcbTjFU90[/youtube]

Quote TomyamPuteh 1-12-2022 04:27 PM
Cam Harey je mat sabun kaki betina nih.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.076360 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top