Malang tidak berbau apabila isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik terlibat dalam kemalangan kereta pada petang semalam.
Menerusi perkongsian Aaron di laman Instagram, dia menerima mesej daripada isterinya mengenai insiden tersebut sebaik sahaja bangun dari tidur. Tiada kecederaan serius, namun Aaron tetap meminta Diyana terus ke Pusat Perubatan Prince Court memandangkan isternya mengadu sakit belakang dari leher ke pinggang. Aaron turut berkongsi rakaman memperlihatkan keadaan belakang kereta jenis Alphard warna hitam yang dipandu isterinya kemek selepas dilanggar kenderaan lain.
Video tersebut juga memperlihatkan isteri Aaron yang terlantar ketika dirawat di pusat perubatan tersebut. Rata-rata netizen mendoakan agar isteri pelakon filem KL Gangster itu diberikan kesembuhan cepat dan dipermudah segala urusan. Dalam pada itu, Aaron turut berpesan kepada isterinya agar terus berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Sumber: Gempak |
ADVERTISEMENT