|
Melly Goeslaw mendedahkan hampir memberi nama anaknya dengan nama Sazali dek terlalu mengagumi bakat luar biasa yang dimiliki Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Sazali adalah watak yang dimainkan Seniman Agung itu, Anakku Sazali sekali gus menjadi salah satu lagu runut bunyi dalam filem yang diterbitkan pada sekitar tahun 1956. Keinginan tersebut wujud kerana sewaktu pertama kali jatuh cinta dengan karya karya P Ramlee, Melly sedang hamil dan tidak lekang mendengar serta membaca kisah hidup pesohor seni yang cukup ikonik itu. “Kerana terlalu mengagumi karya karya P.Ramlee, saya hampir memberi nama anak yang saya kandung sewaktu hadir ke Malaysia dengan nama Sazali,” akui Melly saat ditemui Gempak.
Bagaimanapun, komposer, penulis lirik dan penyanyi yang dikurniakan anak lelaki sebaliknya memilih nama yang cukup unik buat dua cahayamata hasil perkahwinan dengan Anto Hoed iaitu Anakku Lelaki Hoed dan Pria Bernama Hoed.
|
greantea replied at 1-12-2022 01:33 AM
lainnya muka dia skrg
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.046493 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.