Haneesya Hanee dengan sebak mendedahkan pernah hidup susah sehingga tidak mampu untuk membeli pakaian. Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, pelakon dan model itu sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah beri dalam kehidupannya sekarang. Menurutnya, ketika susah dahulu dia hanya dapat berganti pakaian jika mendapat sumbangan pakaian terpakai daripada orang ramai.
"Masa susah dulu, saya dan keluarga dapat pakaian daripada rumah anak yatim atau baju orang derma," dedahnya. Dalam video yang dikongsinya itu, Haneesya membawa adik dan ibunya untuk berbelanja di outlet pakaian dipercayai ZARA. Sumber: Xtra |
insyi81 replied at 1-12-2022 11:10 AM
actually untung jd org susah lbh menghargai kehidupan..tpi x perlulah nk ulang2..perbaiki je kehidup ...
ADVERTISEMENT