Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam kereta di belakang sebuah pasar di Berek 12, di sini, pagi semalam. Mangsa yang berusia 37 tahun ditemukan orang ramai yang menyedari wanita itu tidak sedarkan diri sebelum bertindak memecah cermin belakang kereta jenis Proton Saga BLM itu.
Menurut saksi yang ingin dikenali sebagai Lisa, 38, kereta yang dinaiki mangsa dilihat diparkir di hadapan sebuah kedai seawal jam 7.30 pagi di belakang pasar dan mangsa dikatakan sempat membeli-belah di pasar berkenaan. "Selepas selesai membeli, wanita itu masuk ke dalam kereta dan sekitar jam 10 pagi, seorang penjual di pasar yang juga mengenali mangsa dilihat menuju ke kereta itu bersama ahli keluarganya.
"Rupa-rupanya ahli keluarga ada menghubungi wanita itu beberapa kali, namun tidak dijawab sebelum datang ke pasar kerana dikatakan mangsa yang tinggal bersama ibunya yang sakit sering ke pasar ini untuk membeli makanan. "Sebaik pintu kereta berjaya dibuka, saya melihat wanita itu tidak sedarkan diri dan mengesyaki sudah meninggal dunia sebelum pihak berkuasa segera dihubungi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat. Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada komplikasi akibat hormon thyroid yang tinggi. "Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. Sumber: Harian Metro |
nurul_akmar replied at 1-12-2022 07:29 AM
Bahaya juga ye thyroid ni.. aku igt cukup makan ubat je..
nurul_akmar replied at 1-12-2022 07:29 AM
Bahaya juga ye thyroid ni.. aku igt cukup makan ubat je..
nellyberry: my friend meninggal sbb thyroid. arwah tak tahu ada thyroid, dia tak pegi check. tahu-tahu meninggal dlm bilik. umur arwah masa tu baru 34 tahun.semog ...
ADVERTISEMENT