Seorang wanita meluahkan rasa buntu kerana memiliki seorang adik ipar perempuan yang terlampau manja dan kuat cemburu apabila setiap kali dia bermesra bersama suaminya. Menurut luahan wanita itu yang dimuat naik oleh Emosi di Twitter, adik iparnya itu akan tidur di sebelah suaminya apabila mereka pulang ke kampung. Difahamkan, mereka baru sahaja lebih dua bulan mendirikan rumah tangga dan suaminya mempunyai seorang adik perempuan yang tidak berkahwin lagi. Namun, apa yang menjadi masalah buat dirinya adalah adik ipar cemburu apabila dia memegang tangan atau bermanja bersama suaminya. "Masalah adik dia selalu cemburu tak tentu pasal dengan saya. Contohnya, bila suami saya pegang tangan saya, tolong ambilkan makanan minuman mesti dia akan jeling dan tak puas hati dengan saya". Bukan itu sahaja, apabila mereka menaiki kereta bersama, adik iparnya pasti ingin duduk di sebelah tempat duduk pemandu dan dia terpaksa duduk di belakang. "Walaupun suami dah nasihatkan dia, mesti dia berkeras juga lepas tu merajuk tarik muka. Bila adik ipar tahu suami belikan barang atau bawa saya bercuti, nanti mesti dia request benda sama dekat suami saya. Saya kesian dengan suami saya nak melayan permintaan dia padahal adik dia bekerja". Hendak dijadikan cerita, ketika keluarga belah suami membuat acara hari keluarga, adik iparnya sanggup tidak hadir kerana wanita berkenaan berada di acara berkenaan. Malah, jika mereka pulang ke kampung halaman, adik iparnya itu pasti ingin tidur di sebelah suaminya. Susulan daripada itu, wanita tersebut merasa dirinya seperti sudah hilang hak sebagai seorang isteri. "Saya faham dia adik kepada suami saya tapi sebagai seorang isteri saya rasa macam hilang privilege seorang isteri". Di akhir luahan wanita itu, dia meminta orang ramai agar mendoakannya kuat menghadapi dugaan berkenaan. Jadi, apa pandangan dan cadangan anda untuk kes seperti ini? - CARI |
Cassieopeia replied at 1-12-2022 10:12 AM
tapi pelikla adik dah besar kot nk tido sblah abg.. lain mcm tu. cakapla elok2 minta mak mertua tegu ...
LostStar replied at 1-12-2022 10:17 AM
adek syok kat abg sendiri kot..
ADVERTISEMENT