Tular sebuah video pemandu Perodua Myvi memberhentikan kenderaan di tepi jalan dipercayai tidak berpuas hati dengan seorang pengguna jalan raya di sekitar Petaling Jaya pada Selasa.
Kejadian dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan mangsa menunjukkan mangsa pada mulanya menggunakan jalan tersebut sebelum tiba di satu persimpangan. Ketika kejadian, sebuah Myvi berwarna biru memberi isyarat untuk memasuki laluan tersebut, namun mangsa kelihatan teragak-agak untuk memberikan laluan. Bagaimanapun, selepas mangsa melepasi persimpangan itu, secara tiba-tiba pemandu Myvi berkenaan memecut laju dari arah tepi sebelum memberhentikan kenderaan di hadapan kereta mangsa.
Suspek kemudiannya keluar dari kereta lalu memarahi mangsa kerana dipercayai tidak berpuas hati serta menunjukkan isyarat lucah sebelum meludah ke arah kenderaan mangsa dan beredar dari kawasan terbabit. FB Majoriti Menerusi tinjauan di ruangan komen, orang ramai turut tidak berpuas hati dengan sikap suspek yang berkelakuan seperti samseng jalanan. Sumber: Majoriti |
ADVERTISEMENT