CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Mayat Ibu Dalam Freezer Belakang Rumah Lepas Empat Hari Hilang

30-11-2022 08:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1024| Komen: 3

Mayat seorang wanita ditemui anaknya setelah hilang sekurang-kurangnya tiga hari di dalam sebuah peti ais.

Mangsa berusia 58 tahun dipercayai sudah meninggal dunia ketika disorok di belakang rumahnya sehingga mengeluarkan bau busuk.


Lebih menyayat hati apabila mangsa dijumpai dalam keadaan tragis ditampal dengan menggunakan pita pelekat.


Mayat wanita ini disorok di belakang rumahnya sehingga mengeluarkan bau busuk.

Menurut anak mangsa, Akkaraphon, ibunya hilang sejak 15 November lalu di wilayah Phitsanulok, Thailand.

Menurut Pegawai Balai Polis Wat Bot, anaknya menemuinya selepas empat hari apabila terdapat bau busuk datang dari peti sejuk (freezer) di belakang rumah mereka.


Menurut pegawai polis, wanita berkenaan pernah menjual ayam goreng di kampungnya tetapi terpaksa berhenti kerana penyakitnya bertambah teruk.

Wanita yang mempunyai masalah mental sehingga terpaksa mengambil ubat di Hospital Buddhachinaraj ini mengharap suami dan anak untuk menjaganya.

Difahamkan, keluarga mangsa turut mengakui wanita terbabit sebelum ini membuat pinjaman dan diancam oleh pemberi pinjaman kerana tidak membayar hutang.

Malah, mangsa pernah cuba untuk mengakhiri hayatnya dengan mengambil ubat secara berlebihan.

Susulan daripada itu, Pegawai Polis Wat Bot, Kol. Wisut Klaisaeng menjelaskan punca kematian mangsa masih tidak jelas dan dianggap sebagai kes pembunuhan.

Dalam pada itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Buddhachinaraj untuk proses bedah siasat. 


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 30-11-2022 08:17 PM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote boo06 27-11-2024 08:04 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
Quote boo07 29-11-2024 08:23 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.053260 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top