Putrajaya: Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris bayi berusia satu bulan yang ditemukan orang ramai di perhentian bas di Sungai Besi Indah dekat sini, 31 Oktober lalu.
Pelindung Pejabat Kebajikan Kebajikan Masyarakat Jassica Ahai berkata, berdasarkan laporan polis, bayi yang kini dinamakan Muhammad Adwa itu ditemukan di dalam sebuah kotak dan dibaluti dengan selimut tanpa sebarangan dokumen kelahiran di perhentian bas berkenaan. Katanya, jabatan juga merujuk kes ini kepada polis dan dimaklumkan kes masih dalam siasatan bagi mengesan ibu kandung bayi terbabit.
"Kes bayi ini dibawa ke mahkamah pada 9 November lalu bagi mendapatkan perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 19(2) untuk ditempatkan di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan perlindungan menjalankan siasatan dan merancang penempatan bagi bayi itu," katanya melalui satu kenyataan. Jassica berkata, pihaknya berharap orang ramai yang mengenali waris bayi ini dapat menghubungi pihaknya dengan kadar segera bagi membincangkan hal penempatan, pemeliharaan dan hak penjagaan bayi itu. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya di talian 03-56343095. -CARI Sumber: Harian Metro |
Buritan replied at 30-11-2022 08:11 PM
Sian ko dekk.. mana le mak ko
margo20 replied at 30-11-2022 08:34 PM
Hidung mancung mesti anak bangla
CiliPadiSedap replied at 30-11-2022 08:15 PM
sekarang memanglah nampak comot, bila budak tu dh setahun ada rupa ramai nak bela. cm anak angkat ka ...
ADVERTISEMENT