Ismail Izzani dah mengaku salah selepas tular video memaparkan aksinya sedang berciuman dengan wanita seksi di sebuah kelab malam. Susulan itu Iqram Dinzly menasihati Ismail atau lebih mesra disapa Mael untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapanya.
Katanya Mael juga perlu bertaubat dengan Allah SWT atas kesilapan sendiri. "Masya-Allah apa pun yang terjadi pastikan mohon maaf pada ibu bapa dan solat taubat kepada Allah. Mohon kemaafan pada Yang Maha Esa. "Itu lebih indah Ismail. Tidak kiralah berapa ulangkali awak mengulangi," tulisnya di Instagram. Iqram juga mendoakan kesejahteraan seisi keluarga Mael.
"Doa saya rahmat Allah mengiringi dan melindungi awak seisi keluarga. Amin." Pada Sabtu lalu, media melaporkan penyanyi lagu Sabar itu menolak permintaan untuk ditemubual bagi mendapatkan komen lanjut mengenai kontroversi yang berlaku. -CARI
|
ADVERTISEMENT