Gelagat lucu seorang pelajar yang meneka jawapan menggunakan sebiji pemadam di sebuah sekolah di Johor Bahru, meraih perhatian ramai.
Video yang dimuat naik oleh @im_chowok di TikTok menunjukkan gelagat pelajar perempuan tersebut membaling pemadam bagi meneka mana satu jawapan yang tepat. Pelajar itu juga kelihatan terburu-buru dengan menepuk dahinya apabila melihat halaman seterusnya yang masih banyak lagi belum dijawab. “Bila semalam sibuk tengok Piala Dunia, tetapi lupa ada peperiksaan. Bukan main ya baling pemadam untuk teka jawapan. Jangan risau, kertas subjek Matematik saya dulu pun macam ini juga,” tulis @im_chowok di kapsyennya.
Di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan gelagat pelajar ini dan mengimbas semula kenangan sama terjadi kepada mereka ketika zaman persekolahan. “Saya pernah macam ini, baling pemadam, tetapi tunjuk B, akhirnya saya tetap pilih jawapan C,” komen seorang netizen. “Buat siapa yang tidak tahu, pemadam itu ada dua belah, kira jawapan A atau B je,” komen netizen yang lain pula. -CARI Sumber: Kosmo
|
raxief replied at 30-11-2022 06:39 PM
bukan cikgu2 takleh record ke?
aku lemah betul cikgu2 taska anak aku yg jenis tiktok2 ni
gideoncross replied at 30-11-2022 11:34 PM
BMTH yg "Kingslayer" ft BabyMetal mmg best, btw utk x out of topic, TT Mlayu ngan Yindon ni mmg sl ...
jas7512 replied at 30-11-2022 11:18 AM
Nak bg tips..klu jwp soalan mcq..sila guna common sense and jwp pertama yg anda rasa btl tu buat je ...
ADVERTISEMENT