CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shahriza Mahmud Tak Boleh Berjalan Sejak Dijangkiti Kencing Tikus, Kedai Makan Tak Laku Tengah Cari Tapak Baharu

30-11-2022 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2556| Komen: 16

Pelakon Shahriza Mahmud, 56, mengambil keputusan untuk menutup warung makanan yang diusahakan di Bukit Tinggi, Pahang dan bercadang mencari lokasi lain yang lebih sesuai.


Ia berikutan masalah yang berlaku di lokasi sekarang antaranya sering berdepan ribut kuat serta gangguan daripada individu mabuk yang membahayakan nyawanya dan suami, Saddiq Raffali. 


Foto: Harian Metro

"Kami tengah cuba dapatkan lokasi tapak niaga dekat rumah kalau ada rezeki. Memang kena keluar dari restoran Cina sekarang ini. Kawan-kawan Melayu tak nak datang, kaum Cina pula kurang sokong.

"Tempahan dari 'grabfood' pun datangnya dari pelancong di Genting Highland. Kami memang harapkan 'grabfood' boleh bantu bisnes kami. Tapi kadangkala tiada 'rider' (penghantar makanan), dan pelanggan batalkan tempahan. 

"Pelanggan  'walk in'  juga tiada dan buatkan pendapatan kami kurang. Lokasi ini pun amat gelap waktu malam dan memang tiada orang. Manakala, ribut pula berlaku tak tentu masa. 

"Hampir setiap hari, kalau tak hujan pun angin kuat. Kami beli khemah yang paling kuat, tapi tetap rosak. Malah, barangan berniaga pun habis rosak dan terpaksa dibuang. Disebabkan nak sewa murah, begitulah jadinya," katanya kepada Harian Metro.

Shahriza yang popular menerusi drama siri Spektra dan Pendekar sekitar era 1990-an berkata, dia sudah menghubungi pemilik tapak berniaga sekarang memberitahu hasratnya itu.

"Dia faham keadaan kami. Kalau tak keluar pun tetap kena bayar sewa juga. Jadi sehari dua ini kami kemas barang, keluar dulu sementara cari duit dan tempat baru.

"Kelmarin, saya pergi tengok tapak dekat sekitar sini. Di situ ada kedai runcit, ada bengkel, ada oranglah sikit, tapi tuan tanah nak bincang adik beradik dulu," katanya. 

Terdahulu Harian Metro sebelum ini melaporkan kehidupan Shahriza semakin sukar sejak dijangkiti kencing tikus pada 1 Januari tahun lalu sehingga menyebabkan dia tidak berupaya untuk berjalan seperti dulu.

Shahriza dan suaminya kini berdepan ujian untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan serta membiayai kos rawatan penyakitnya yang agak mahal. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 30-11-2022 05:41 PM
lama tak dengar pasal akak ni..dulu minat jugak sbb slot spektra etc
Quote Fly_over 30-11-2022 05:50 PM
allahu.. berwheel chair sheols skrg… kencing tikus mmg bahaya boleh bawak maut
Quote doubleA 30-11-2022 06:05 PM
Semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan beliau
Quote suka2 30-11-2022 06:07 PM
Bukit tinggi pahang ni yg ada colmar tropicale tu la kan. Situ aku rasa susah juga nk niaga makanan wpun tpt tourist. Yg dtg berbas2 ke situ pun ramai ummah prc mainland. Kalau Malaysians yg pegi pun jenis bawa bekal piknik sebegitu. Moga dimudahkan jalan acik shariza....
Quote imanjannah 30-11-2022 06:09 PM
semoga cepat sembuh dan dpermudahkn segala urusannya, teringt cerita2 pendekar dia berlakon dulu
Quote orkidorkido 30-11-2022 06:28 PM
Semoga dipermudahkan kak
Shariza ni mencabar juga jalan hidup dia dari muda
Quote dekmieDandy 1-12-2022 09:50 AM
suka2 replied at 30-11-2022 06:07 PM
Bukit tinggi pahang ni yg ada colmar tropicale tu la kan. Situ aku rasa susah juga nk niaga makanan  ...

bukan rasanya, dia meniaga ni dekat  dengan area kampung bukit tinggi, sebelum masuk ke janda baik tu

colmar tu private area, tak boleh bukak gerai sebarang
Quote pembacagosip 1-12-2022 09:55 AM
moga dipermudahkan segala urusan buat akak. moga baik2 sahaja semuanya
membesar dengan drama2 akak
best zaman spektra dulu
Quote pearl.silver 1-12-2022 09:56 AM
Aikkk kat mana akak nih meniaga.. Sblum covid dulu iols selalu gi mkn kt bukit tinggi.
Quote noorhairiahma 1-12-2022 10:07 AM
dekmieDandy replied at 1-12-2022 09:50 AM
bukan rasanya, dia meniaga ni dekat  dengan area kampung bukit tinggi, sebelum masuk ke janda baik ...

ooooh, kedai2 bawah tu yang kawasan orang cina, eh?
patut pun tak ramai melayu



Quote cap_ayam 1-12-2022 10:36 AM
Semoga mudah urusan .. bertambah rezeki nak menampung kos rawatan..
Quote cruz2 1-12-2022 10:40 AM
Laaa kedai shahriza ni ke? Acik kalau pegi mkn kat area sblm naik selesa hill homes tu.kat mamak hujung shop lot tu ok jugak masakannya.sementara nunggu nk hntr anak pi kelas mengaji
Quote leezzaliza 1-12-2022 10:43 AM
Dia ni kawen dgn abg ana raffali kan
Quote rosedemon 1-12-2022 10:46 AM
siannya acik semoga dimudahkan
Quote nicolebaby 1-12-2022 10:54 AM
Alaaaa cian nyer. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rejeki.
Quote lotusteratai 1-12-2022 11:18 AM
semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.093133 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top