CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 TPM, Hanya 25 Jemaah Menteri- Kabinet Anwar Diumum Esok?

30-11-2022 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5200| Komen: 51

KUALA LUMPUR: Kabinet kerajaan perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan esok.

Menurut sumber Utusan Malaysia, saiz Kabinet itu dikurangkan sehingga 60 peratus berbanding kerajaan terdahulu iaitu hanya terdiri daripada 25 jemaah menteri.

Selain itu, dua timbalan perdana menteri akan dilantik dalam Kabinet tersebut.

Katanya, dua individu itu adalah pimpinan daripada dua blok terbesar selain Pakatan Harapan (PH) iaitu Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Foto: Utusan


Terdahulu, akaun Facebook Istana Negara telah muat naik empat keping foto yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Perdana Menteri.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, selepas enam hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada Khamis lalu, Anwar belum mengumumkan barisan Kabinetnya, dipercayai kerana masih berbincang dengan parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan dan memikirkan keadilan kepada mereka.

Jika mengambil kira situasi ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-7 selepas PRU14, beliau mengumumkan senarai penuh barisan Kabinet lapan hari selepas mengangkat sumpah sebagai mengetuai kerajaan.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir terlebih dahulu mengumumkan tiga jawatan kementerian yang paling kanan dua hari selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 10 Mei 2018.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengambil tempoh lebih kurang sama mengumumkan senarai Kabinet pimpinannya iaitu selepas lapan hari dilantik Perdana Menteri Ke-8 pada 1 Mac 2020 ekoran peletakan jawatan Dr. Mahathir pada 24 Februari 2020.

Tempoh lebih singkat diambil Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membentuk pasukan Kabinet beliau iaitu selama enam hari selepas dilantik Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021.
Kelewatan pengumuman barisan jemaah menteri kerajaan baharu ini ekoran pelantikan Perdana Menteri yang tertangguh selama enam hari ekoran ketiadaan gabungan parti politik menang majoriti 112 kerusi, mengakibatkan Parlimen tergantung selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Namun, kekusutan itu dileraikan Yang-di-Pertuan Agong melalui cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan diketuai Pakatan Harapan (PH) dengan sokongan parti gabungan lain tidak termasuk Perikatan Nasional (PN). – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 30-11-2022 05:45 PM
Okay ler tuuu.. dari 39 zaman abah yidin & mael lambong... being cut to just 25... means takde redundancies 2 timbalan menteri each kementerian la kan?

Ramai sangat menteri kabinet takut runtuhhhh aje tak balance structure
Quote epullipan 30-11-2022 05:50 PM
25 menteri je...harap yang betul2 bertanggungjawab nanti
Quote Suchi 30-11-2022 05:53 PM
Igtkan rini rupanya esok, apapun tahniah pada yg terpilih yg tak terpilih jgn sedeh2 atleast tak kena hadap makian rakyat nnt.
Quote alesandra 30-11-2022 05:55 PM
c'mon ...howard lee for KBS
Quote mojarean_X 30-11-2022 05:59 PM
Wak mesti nebes. Semoga dipermudahkan wak
Quote Duriand24 30-11-2022 06:02 PM
2 tpm?? I teka zahid dgn abg jo. Tak pun si sepiee apdal
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 06:10 PM
[youtube]0a4wbnm18TU[/youtube]
Quote Kitty_catz 30-11-2022 06:18 PM
ada gaji jugak ke takdak gaji makan allowance saje?

pethu jgn lupa rajin2 saman pembangkang pembangang apa semer tu sekali.. rejeki jgn ditolak side income tu
Quote Purplehaz 30-11-2022 06:19 PM
Buatlah polls agak sape yg akan jadi tpm1 tpm2 dan siapa menteri kwgn.
Quote Skuau 30-11-2022 06:20 PM
Kitty_catz replied at 30-11-2022 06:18 PM
ada gaji jugak ke takdak gaji makan allowance saje?

pethu jgn lupa rajin2 saman pembangkang pembang ...

kena amik jugok...telur msh kurang lg..yg ada pon musuk...xleh nk jimat...
Quote tripleid 30-11-2022 06:35 PM
Edited by tripleid at 30-11-2022 06:38 PM

IMG_20221130_183737.jpg

IMG_20221008_194229.jpg
Quote Orix 30-11-2022 06:45 PM
kalau zahid msuk dlm kabinet iols nak ummah PH nyanyi hoy hoy ya hoy siapa sokong penyamun
Quote gekkou 30-11-2022 06:47 PM
so menteri kewangn adalah rafizi tu betul ke tidak?
Quote lightheaded67 30-11-2022 06:47 PM
kita tgk esok shiape yg kena hehe
Quote misshahila 30-11-2022 06:48 PM
Bagus la. Ramai menteri pon byk hanya, yg pening gomen servant
Quote CiliPadiSedap 30-11-2022 06:51 PM
kabinet banyak2 tapi rakyat masih hidup derita. ni semua permainan politician. masing2 gila kuasa.

moga kabinet berkurang kerja efisien dan berkhidmatlah untuk rakyat. 5 tahun sekali rakyat akan balas undi2 yang berhormat. moga pakatan harapan dapat terjemahkan undi rakyat dalam bentuk khidmat kepada rakyat
Quote CiliPadiSedap 30-11-2022 06:52 PM
Orix replied at 30-11-2022 06:45 PM
kalau zahid msuk dlm kabinet iols nak ummah PH nyanyi hoy hoy ya hoy siapa sokong penyamun

lepas umno cium apa u cakap friska percaya 100% tak sangka dajjal belum keluar roket dah cium mulut keris
Quote CiliPadiSedap 30-11-2022 06:52 PM

diamlah moderator tepi
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 06:53 PM

bukan arr

tak baik fitnah

prffffffffffffght


Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.089105 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top