CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepit Pin Di Bibir Semasa Pakai Atau Betulkan Tudung Boleh Bawa Maut

30-11-2022 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1573| Komen: 14

Golongan wanita dinasihati supaya mengelak tabiat mengepit pin di bibir semasa mahu memakai atau memperbetulkan tudung.

Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan berkata, tabiat itu berbahaya kerana boleh mengundang maut sekiranya tertelan pin tudung.



Gambar Hiasan, Foto: Kosmo

“Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Kes tertelan pin tudung dah banyak kali terjadi.

“Ia terjadi diluar kawalan.Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir,

“Pin tudung ini sama ada akan masuk ke salur makanan seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru.


“Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius seterusnya boleh membawa maut,” katanya dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

Ahmad berkata, kes tertelan pin tudung akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan dan menarik keluar objek berkenaan.




Jelas beliau, jika tidak berjaya pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan pin tudung.

Justeru, beliau menasihati lima perkara kepada golongan wanita dalam mengendalikan pin tudung seperti berikut:

1. Cucuk pin di lengan baju atau atas tudung.

2. Pakai tudung instan

3. Guna magnetic pin

4. Guna pin kepit

5. Elak urusan lain ketika pakai tudung. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 30-11-2022 04:11 PM
lilit2 je senang
Quote hanyaseekorikan 30-11-2022 04:20 PM
Dulu ada sorang member masuk hospital sebab ni ????
Quote lattehazelnut 30-11-2022 04:23 PM
Seramnye tertelan pin
Quote arnauld 30-11-2022 04:42 PM
Eddie van halen kena kanser lidah sbb selalu gigit brass guitar pick. Belum ada org nak buat research impak interaction air liur dgn metals.
Quote MsKoreanfanatic 30-11-2022 04:50 PM
peringatan untuk diri sendiri
Quote TOPwind 30-11-2022 06:03 PM
GUNALAH BIBIR MU UTK PERKARA LAIN
Quote krustykrab 30-11-2022 11:21 PM
Aku lg seram tgk pompuan yg cucuk pin byk² kat tudung dia sb nk pakai lawa²...
Lg selesa guna tudung sarung..jimat beli pin, tak yah belit² leher ssmpai sesak napas
Quote edayildiz 30-11-2022 11:26 PM
xpnh letak kt mulut..mulut utk dimkn..huhu i letak jer kt meja if nk pakai tdg...belit2 sikit siap..
Quote I.K.A888990 1-12-2022 02:41 AM
hampir2 gak terkena benda ni

Quote rosedemon 1-12-2022 10:29 AM
ye seram lah. xberani dah nak buat
Quote Firenzza 1-12-2022 11:15 AM
Yg buat tindik lidah pun seremmm
Quote kakikuDibibirmu 1-12-2022 08:36 PM
Lain kali letak dekat bibir bawah labia majora
Quote boo06 27-11-2024 08:06 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
Quote boo07 29-11-2024 08:26 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.182882 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top