Dimarah sebab makanan tidak sedap atau lambat sampai antara pengalaman dilalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepanjang menyantuni gelandangan termasuk menyediakan makanan buat golongan berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, ada juga gelandangan yang bertindak di luar batasan dengan mengherdik dan memaki sukarelawan yang bertugas dengan kata-kata kesat ketika agihan makanan dilakukan. Bagaimanapun, rata-rata wakil NGO memaklumkan, tidak semua gelandangan berperangai sebegitu dan hanya melibatkan segelintir individu. Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah, Mohd. Khairul Azman Md. Daud berkata, pihaknya pernah melalui pengalaman tersebut sewaktu mula-mula terlibat dengan kerja-kerja amal untuk mengagihkan makanan kepada gelandangan. “Kami membuka Warung Makan Sahabat di Chow Kit, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu iaitu ketika pandemik Covid-19. Pada peringkat awal, memang ada segelintir yang suka marah-marah dan buat bising. “Disebabkan perlu menjaga jarak, kita minta mereka beratur, namun ada pula tidak puas hati,” katanya kepada Kosmo! semalam. Beliau berkata, selain itu, ada juga yang suka mengeluarkan kata-kata kesat dan perbuatan itu dilakukan bukan hanya dilakukan oleh gelandangan lelaki, tetapi juga gelandangan wanita. “Mereka marah-marah dan suka memekik kerana mungkin kepala tengah pusing (penagih). Kita faham di Chow Kit ini, gelandangan datangnya dari pelbagai latar belakang dan ada yang melacur, mualaf, penagih dadah. Malah, ada juga yang tinggal bersekedudukan tanpa nikah. “Jika berdepan dengan situasi sebegini, kami tidak punya pilihan lain melayan karenah mereka. Itu pengalaman ketika awal-awal dahulu dan sekarang ramai yang berubah,” ujarnya yang turut membuka kelas pengajian agama kepada gelandangan. Wakil We Care Dapur Asnaf, Haliza Abdul Halim pula berkata, ada segelintir gelandangan yang suka meluahkan rasa tidak puas hati hanya kerana mendakwa makanan yang diberikan tidak sedap. “Antara kawasan yang kami santuni termasuklah di kawasan sekitar tepi sungai dari Pasar Seni hingga Cahaya Suria. “Apabila mereka kata tidak sedap, kita pastikan orang yang memasak itu ada kualiti atau kita hentikan tempahan. Kami hanya akan beri makanan yang sesuai dan sedap kerana status mereka sebagai asnaf,” katanya yang telah menjalankan kerja-kerja amal selama 22 tahun. Katanya lagi, gelandangan ini mempunyai pelbagai sikap dan amat penting untuk menghormati mereka. “Kalau kita hormat, mereka juga akan hormat kita. Tidak perlu ambil peduli sangat dengan sikap-sikap tersebut kerana semua orang tidak sempurna,” ujarnya. Sementara itu, Marfika Adnan Haris Fadzilah, 31, yang sering melakukan kerja amal membantu gelandangan mengakui hanya segelintir kecil golongan itu yang disifatkan tidak bersyukur dengan pemberian makanan. “Kadang nampak mereka seperti tidak bersyukur. Orang beri makan, dikatakan tidak sedap, namun ia hanya melibatkan jumlah kecil,” jelasnya. Sumber: KOSMO! ONLINE |
renko replied at 30-11-2022 04:55 PM
henyakkan je muka babi2 cmtu kat dalam tong sampah
Babai replied at 30-11-2022 05:16 PM
Campak sungai je babi2 tu semua.
Babai replied at 30-11-2022 05:16 PM
Campak sungai je babi2 tu semua.
tripleid replied at 30-11-2022 06:55 PM
Puak2 hamjad ni lah yg jadi kutu sampah mengotorkan bandaraya..patutnya kjaan,dbkl letak je dorg ni ...
Rdizz replied at 30-11-2022 08:19 PM
Setuju, mencacat pemandangan ja, malu pd pelancong. Kalau yg tahu berterima kasih dan terpaksa jad ...
ADVERTISEMENT