CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalau PM Tak Ambil Gaji, Kabinetnya Bagaimana?

30-11-2022 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3905| Komen: 68

Menteri yang bakal dilantik dalam kabinet kerajaan baharu disaran untuk turut tidak mengambil gaji seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri berkata, jutaan ringgit hasil daripada gaji menteri itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.



"Kalau cabaran telah dibuat oleh Perdana Menteri, maka kabinetnya bagaimana? Sudah tentu menteri juga perlu melihat ia sebagai satu contoh.

"Kalau keseluruhan menteri tak ambil gaji, adalah sangat baik dan berapa banyak juta duit itu dapat disalurkan seperti membina lebih banyak sekolah di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam rancangan Sinar Live bertajuk Kos Sara Hidup: Kabinet Baru Boleh Diharap? yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.


Dalam pada itu, beliau turut menyokong cadangan agar kabinet baharu yang bakal dibentuk nanti lebih kecil daripada sebelum ini.

Menurutnya, ia juga satu langkah penjimatan selain percaya seorang menteri boleh menggalas beberapa portfolio dalam satu-satu masa.

"Beberapa kementerian boleh digabungkan di bawah satu menteri tanpa mengurangkan kualiti dan sumbangan kepada rakyat. Kalau saya, 10 menteri pun dah mencukupi.

"Dari sudut perkhidmatan, menteri yang dilantik dalam kabinet ini mesti mempunyai kewibawaan dan ada keupayaan bekerja dengan lebih baik serta mampu mendengar denyut nadi rakyat," katanya.


Sumber: Sinar Harian




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 30-11-2022 02:37 PM
ya..tak malu ke kalau ambik..dah PM pun tak mahu..mmg byk la dapat save tooo..save utk rakyat
Quote saviour_09 30-11-2022 03:30 PM
tak ambik gaji tapi elaun dll ambik

ok la tu

jimat jota2 katanya boleh bantu raykat

but make sure to raykat la not uturn sana sini
Quote CiliPadiSedap 30-11-2022 03:30 PM
Malaysia banyak hilang duit sebab corruption bukan sebab gaji menteri or perdana menteri.

Xde isu gaji. Yg isu tender. Salah guna kuasa contoh 1mdb.

Quote Suchi 30-11-2022 03:59 PM
40k je kot bukan byk pun, rasanya acik2 porem lagi byk duit dorang bleh beli hendbeg puluh2 ribu tiap bulan. Cash ok.
Sbb katanya kalau beli guna CC maknanya anda belum mampu nak pakai bag itu.
Acik2 porem lebih kaya drpd menteri2 ni semuaa
Quote ulamalu 30-11-2022 04:01 PM
Melampau pula rasa.  Dah kerja biarlah dpt gaji.  
Quote venom1 30-11-2022 04:04 PM
jadinya jadi menteri ni kira charity la yer?
Quote zamzam 30-11-2022 04:06 PM
Patutlah kabinet belum siap. Xder gaji so ramai x mau jd menteri. Aku speku jer.
Quote Travelo 30-11-2022 04:07 PM
CiliPadiSedap replied at 30-11-2022 03:30 PM
Malaysia banyak hilang duit sebab corruption bukan sebab gaji menteri or perdana menteri.

Xde isu g ...

make sense..dah depa berjawatan tinggi..mestilah bergaji..kalau tidak, apa guna belajar tinggi2..

yes, duit hilang sbb corruption bukan sebab gaji..berapa ribu sangat gaji kesemua menteri nak dibandingkan dengan corruption sana sini..
Quote AnBulisia 30-11-2022 04:11 PM
beri gaji ikut kelulusan
kalau yang tipu kelulusan, takyah beri gaji
Quote tobobon 30-11-2022 04:11 PM
saviour_09 replied at 30-11-2022 03:30 PM
tak ambik gaji tapi elaun dll ambik

ok la tu

hehehe....gaji kena cukai


elaun....x semua kena cukai



Quote asudau 30-11-2022 04:14 PM
baik bagi gaji, tapi segala elaun ditarik balik..contohnya elaun kereta,pemandu, elaun minyak, elaun touch and go, elaun duit api, duit air,duit tepon dan segala mala elaun keraian...

sebab elaun2 tu la gomen banyak tanggung gitu...
Quote tikusmontok 30-11-2022 04:17 PM
Kalau haibat sgt, jgn ambik elaun. Gaji tu ambik la, dah ko keje makan gaji kan..sanggup ke tak ambik elaun yg riban2 tu?
Quote renko 30-11-2022 04:17 PM
xkisah la amik ke x amik
masalahnya bila leh tahu senarai kabinet?
Quote matseh 30-11-2022 04:19 PM
Ambik purata gaji PM, Menteri, Timbalan RM35k sebulan
1 tahun = 1 org = RM420K x 35 org kabinet = RM14.7mill per year
x la 5 tahun = RM73.5mill
Kita bermain dgn angka sekarang.
Quote toteng 30-11-2022 04:23 PM
renko replied at 30-11-2022 04:17 PM
xkisah la amik ke x amik
masalahnya bila leh tahu senarai kabinet?

Kan. Haku pun berbulu menunggu ni.
Quote mahalnya 30-11-2022 04:27 PM
Ambik je lah,gaji..dah namanya pn kerja kn..dsai xamik gaji sebab nak kembalikn kpercayaan rakyat..hargainya je lah usahanya tu..
Quote bakingsoda 30-11-2022 04:34 PM
bukan ke bangnon cakap yg jd menteri kena setuju dipotong gaji, tak amik gaji langsung kira optional la tu esok kabinet siap katanya. korang simpan la dulu telur tembelang kat rumah tu kot2 nak lempar kat bangnon incase kluster mahkamah dapat jawatan
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 04:37 PM
[youtube]7pZ6ZUoRFzs[/youtube]
Quote Belibis 30-11-2022 04:39 PM
Dah semua taknak gaji...buat apa gila2 kempen pru nak menang..nak kuasa..

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.070081 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top