CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyokong Korea Selatan Kena Ejek Dengan Penyokong Ghana

30-11-2022 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1417| Komen: 10

Seorang peminat bola sepak dari Ghana mengejek penyokong Korea Selatan selepas pasukannya menjaringkan gol semasa perlawanan antara dua negara itu pada Piala Dunia Qatar 2022, lapor akhbar Daily Star semalam.


Pasukan bola sepak Ghana, Black Stars meraih mata pertama dalam kejohanan itu Isnin lalu menerusi kemenangan 3-2, hasil jaringan tunggal Mohammed Salisu dan dua jaringan gol Mohammed Kudus.


FlipBoard

Detik mendebarkan dirasai penyokong Ghana sebelum Kudus menjaringkan gol penentuan setelah Korea Selatan berjaya menjaringkan dua gol sekali gus menyamakan kedudukan.

Selepas Mohammed Kudus menjaringkan gol keduanya (penamat), seorang penyokong Ghana dirakam meraikannya di hadapan sekumpulan penyokong pihak lawan yang duduk di barisan belakang.


Lelaki itu menjerit dan memberi isyarat ke arah penyokong Korea Selatan, mengangkat selendang dan memberikan isyarat 3-2 menggunakan jarinya.

Dia juga didakwa menjerit: “Kami boleh memenangi kejohanan ini!”




Telatah lelaki itu bagaimanapun tidak menimbulkan sebarang provokasi daripada penyokong Korea Selatan yang tersenyum hambar di hadapannya, sambil cuba untuk terus menonton perlawanan.

Kemenangan itu adalah yang pertama buat Ghana dalam kejohanan itu sejak tewas di tangan pasukan Amerika Syarikat (AS) pada masa tambahan semasa pusingan 16 terbaik pada Piala Dunia 2010.

Keputusan itu turut meningkatkan peluang mereka untuk mara ke peringkat kalah mati dalam kejohanan tahun ini, setelah tewas pada aksi pembukaan kepada Portugal. 

Kemenangan ke atas Uruguay dalam perlawanan terakhir mereka pada Jumaat ini akan menjamin kemaraan Ghana.


Sumber: Kosmo




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 30-11-2022 02:29 PM
takleh kata apa,,,, kang org ejek balik play racist card....black lives matters katanya...cam beruk
Quote pekanwoohoo 30-11-2022 02:29 PM
Adatlah tu tengok bola, mesti ada probok-probok macam ni. Kalau koyak, lagi lah diorang suka.
Quote prince_marhaen 30-11-2022 02:45 PM
korean tu dah la racist, jap lagi dia panggil kau 깜둥이: Blacky tau pulak play racist card... ehehehehehehehehe
Quote juboqhang 30-11-2022 02:56 PM
Lantak lah bukan negara aku pon
Quote bulalof 30-11-2022 03:01 PM
kenapa penyokong berlainan pasukan duduk rapat2?

kalau kena hooligans from europe masaklah african ni.
Quote hayrin86 30-11-2022 04:41 PM
Perlu ke sampai rasis-rasis dan cemuh-mencemuh?
Quote doubleharmonic 30-11-2022 06:03 PM
ko dah kenapa babi? cam budak tadika perangai nak mengejek2
Quote Azhargoth 30-11-2022 07:44 PM
Ce try buat depan penyokong Hingland tengok..
Quote boo06 27-11-2024 08:06 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
Quote boo07 29-11-2024 08:26 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.098628 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top