CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tua Didakwa Tembak Kucing Guna Senapang Angin

30-11-2022 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 925| Komen: 11

Melaka: Lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas dua pertuduhan iaitu menembak seekor kucing dan memiliki senapang angin tanpa lesen pada Jun lalu.


Tertuduh, Aziz Tambi, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap kedua-dua pertuduhan pada prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Majistret Nabilah Nizam.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa atas pertuduhan menembak seekor kucing dengan senapang angin sehingga menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan itu di Jalan Tanjung Minyak, Bukit Rambai pada 18 Jun lalu, jam 2.30 petang.

Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, memperuntukkan denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.



Foto: Harian Metro

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh, namun peguam Ishak Mohd Kari merayu jumlah itu dikurangkan.

Peguam memberi alasan antaranya tertuduh sudah lanjut usia dan menghidapi pelbagai penyakit serta masih membuat kerja kampung untuk menyara keluarga.

Katanya, tertuduh tinggal di Melaka dan memberi kerjasama penuh dalam siasatan polis berkaitan kes itu selain bersedia menerima syarat tambahan seperti melaporkan diri di Balai Polis hingga kes selesai.

Selepas menimbangkan hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dan kes untuk sebutan bagi serahan dokumen pada 11 Januari 2023.

Terdahulu, pada prosiding di Mahkamah Majistret tertuduh mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 iaitu memiliki selaras senapang angin tanpa lesen sah di tempat sama pada 19 Jun lalu, kira-kira jam 8 malam.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin menawarkan jaminan RM5,0000, namun dirayu peguam atas alasan sama.

Mahkamah menetapkan jaminan RM2,500 dan kes untuk sebutan pada 11 Januari 2023.

Akhbar ini pada 21 Jun lalu melaporkan polis memberkas bapa dan anak lelakinya selepas dipercayai terbabit perbuatan menembak mati kucing menggunakan senapang angin di Bukit Rambai kerana marah haiwan itu memasuki rumah mereka.

Perbuatan itu terbongkar selepas pemilik kucing membawa haiwan itu yang mengalami muntah darah serta luka di belakang badan ke klinik haiwan untuk rawatan dan doktor mengesahkan ia ditembak hasil penemuan geguli besi di dalam badan.

Polis turut mengesahkan senapang angin yang dirampas dalam kes itu adalah senjata buatan sendiri.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 30-11-2022 04:09 PM
naya bak hang xdak keje cari nahas
Quote Travelo 30-11-2022 04:11 PM
kot ye pun nak bereksperimen, tikus kan ada
Quote Kurex 30-11-2022 04:13 PM
Kenapa tak tembak telo kau yg berkedut tu?
Quote NazRysha 30-11-2022 04:15 PM
haramjadah lelaki mcm ni
Quote lattehazelnut 30-11-2022 04:17 PM
Haha da biasa tembak stray cat..
Sekali tembak kucing kesygan owner yang kaya..
Xpasal2 kan da kne..
Quote epullipan 30-11-2022 05:59 PM
kalau tembak monyet liar menggangu orang kena tangkap tak
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 06:06 PM
lepaskan je arr

dah warga emas

binatang je pun

siapa la buat aniaya pada warga emas neyhh????

Quote tumpanglalu74 30-11-2022 07:21 PM
ezgif.com-gif-maker.gif
Quote rosedemon 1-12-2022 10:27 AM
tembaklah acik tu balik
Quote boo06 27-11-2024 08:07 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
Quote boo07 29-11-2024 08:26 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.076630 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top